bomber | pesawat pengebom | Sains Politik | Tiada | 1. Kapal atau pesawat terbang yang digunakan untuk mengebom.,2. Boleh juga merujuk kepada askar yang telah dilatih untuk mengebom. |
radar | radar | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Sistem yang menggunakan tenaga frekuensi radio teralur dan terpantul untuk mengesan dan menentukan kedudukan objek, mengukur jarak atau altitud, mengemudi, menuju, mengebom dan lain-lain. |
counterterrorism | cegah keganasan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Amalan, taktik, teknik atau strategi ketenteraan yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan, tentera, polis atau entiti-entiti lain bagi menentang keganasan. Kebanyakan strategi cegah keganasan membabitkan peningkatan dalam aktiviti risikan oleh pihak berkuasa, termasuk melakukan pintasan komunikasi dan penjejakan terhadap individu disyaki. Kebanyakan negara menggubal undang-undang antikeganasan bagi menyatakan bahawa perbuatan seperti mengebom, merampas kapal terbang, menculik atau mengambil tebusan sebagai jenayah keganasan. Walau bagaimanapun, amalan cegah keganasan biasanya sering membawa kepada penghakisan hak asasi sivil dan politik kerana ia menggalakkan kes penahanan tanpa bicara, penangkapan sewenang-wenang dan pembunuhan tanpa izin mahkamah. |