Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.pung] | مڠڤوڠ

Definisi : mengelilingi (orang dll) supaya terkurung atau terperangkap (tidak dapat lepas lari), melingkungi (orang, binatang, tempat persembunyian, dll): mereka sedang ~ seekor harimau buas; maka dikepunglah oleh Bugis kubu Terampak itu dilingkunginya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.pung] | مڠڤوڠ

Definisi : mengelilingi orang dll supaya terkurung atau tidak lepas lari: Mereka sedang ~ pengganas-pengganas yg bersembunyi di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepung
Kata Terbitan : mengepung, terkepung,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phagocytosisfagositosisVeterinarPraklinikalProses yang melibatkan sel membentuk lunjuran yang dikenali sebagai pseudopod untuk mengepung zarah. Pseudopod ini kemudian bertemu dan bercantum untuk menghasilkan vesikel intrasel. Semasa dalam vesikel ini; saling tindakan ligan berlaku antara permukaan sel dengan zarah tersebut menyebabkan pseudopod diingeskan. Sel fagosit termasuk makrofaj dan neutrofil; berfungsi untuk mengepung dan memusnahkan bakteria dan virus.
besiegemengepungUndang-undangTiadaMelingkungi, mendesak, mengerumuni untuk menawan, mengalahkan, menindas atau berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu.
degaussingpenyahgaussanKejuruteraanTiada1. Peneutralan kemagnetan bahan magnet oleh arus mengepung.,2. Pembuangan kemagnetan lainan dari tiub sinar katod kerana kemagnetan itu dapat mempengaruhi ketulenan warna.
pincer movementgerakan kacipSejarahTiadaGerakan dalam serangan tentera yang mengepung musuh dari dua hala dan menggerakkan kepungan tersebut agar musuh berada di hujung kawasan tertentu dan terang seolah-olah berada dalam kepitan kacip.
phagocytosisfagositosisBiologiMikrobiologiProses pengepungan dan pencernaan mikroorganisma atau benda asing oleh fagosit. Misalnya, sel darah putih mengepung, dan menarik masuk bakteria ke dalam sitoplasmanya dengan menggunakan pseudopodium, dan kemudian memusnahkan bakteria itu dengan enzim.

Kembali ke atas