sliding | menggelongsor | Matematik | Tiada | Tiada |
sliding tackle | rebut gelongsor | Sukan | Tiada | Perbuatan merebut bola secara menggelongsor. |
brachistochrone | brakistokron | Fizik | Mekanik | Lengkung cirian yang di sepanjangnya suatu zarah akan menggelongsor dengan lancar dari satu titik ke titik yang lain dalam jangka masa paling minimum semata-mata kerana pengaruh graviti. |
valve guide | pandu injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lubang yang menempatkan batang injap untuk menggelongsor di dalamnya dan menetapkan injap pada jajaran yang betul. Sebahagian daripada pandu injap ini adalah daripada jenis rod berlubang yang ditekan pada kedudukannya. Pada sesetengah enjin, lubang ini dibentuk terus dalam blok enjin atau kepala silinder. |
angle of internal friction | sudut geseran dalam | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Sudut minimum apabila zarah mula menggelongsor daripada satah permukaan zarah lain yang menandakan magnitud geseran di antara zarah. |
angle of wall friction | sudut geseran dinding | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Sudut minimum apabila zarah mula menggelongsor daripada permukaan dinding yang menandakan magnitud geseran di antara zarah dan dinding. |
booming sand | pasir bum | Geologi | Tiada | Pasir peruman di gurun yang mengeluarkan bunyi berlangsing rendah semasa menggelongsor di muka gelincir gumuk atau hanyutan. |
glacis | glasis | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Tempat atau pelantar berbentuk corong bagi membolehkan karung atau barang pos dimasukkan dan menggelongsor. |
cascade | lata | Geologi | Tiada | 4. Lata: Struktur bentuk bumi yang terbentuk oleh runtuhan graviti, terdiri daripada lapisan berkedut yang membentuk siri lipatan semasa menggelongsor di rusuk antiklin.,5. Air terjun kecil. |
angle of slip | sudut gelincir | Fizik | Mekanik | Sudut lereng minimum yang dibentuk dengan garis mengufuk pada ketika bahan-bahan peroi seperti tanah mula menggelongsor ke bawah. |