Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ge.ra/.kan] | مڠݢرقکن

Definisi : 1. menjadikan atau mengakibatkan bergerak (bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dsb); ~ kepala menggoyangkan kepala; 2. menjadikan aktif (dapat bergerak atau bertindak, hidup dan berfungsi, dsb), menjadikan mampu mencapai kejayaan atau perkembangan: tiap-tiap peristiwa yg ada itu, berperanan tegas utk ~ cerita; ia amat percaya bahawa seni mempunyai tugas penting utk ~ tenaga masyarakat; 3. membangunkan (drpd tidur); ~ enjin menjalankan enjin; ~ hati membangkitkan hati, membuat hati (orang) kurang senang; ~ minat menambah minat; ~ pasukan memindahkan (memajukan dll) pasukan; ~ rakyat menaikkan semangat rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ge.ra/.kan] | مڠݢرقکن

Definisi : 1 menjadikan bergerak (spt bergoyang dll): Apabila kita membaca, otot-otot di belakang mata ~ mata kita ke kiri dan ke kanan. 2 memindahkan ke tempat lain; mengalih: Siapakah yg ~ barang-barang itu dr tempatnya? 3 mengejutkan seseorang yg sedang tidur; membangunkan; membangkitkan: Dia selalu ~ adiknya utk pergi ke sekolah. 4 menjadikan atau mengusahakan supaya berjalan, berfungsi dll (ttg pertubuhan dsb). ~ enjin menghidupkan atau menjalankan enjin. ~ pasukan memindahkan pasukan ke tempat lain. ~ rakyat membangkitkan kemahuan rakyat utk berusaha; membangkitkan semangat rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggerakkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
propel the ballmenggerakkan bolaSukanTiadaPerbuatan menggerakkan bola dengan badan, tangan, kayu, kaki atau pad oleh penjaga gol.
actuatoraktuatorFizikNanoteknologiPeranti yang berperanan menghasilkan tindakan mekanik seperti membuka, menutup, melaras atau menggerakkan apabila menerima isyarat daripada suatu sensor yang dihubungkan kepada peranti tersebut. Contohnya, sistem mekanik yang menggerakkan pemacu cakera padat atau suatu lengan robot.
double overhead camshaft engine (DOHC)enjin aci sesondol atas kembarKejuruteraan AutomotifTiadaEnjin yang menggunakan dua aci sesondol, yang diletakkan pada setiap kepala silinder. Satu aci sesondol digunakan untuk menggerakkan injap pengambilan dan satu lagi untuk menggerakkan injap ekzos.
actuatemenggerakkanKomunikasi MassaTiadaTiada
double overhead camshaft engine (DOHC)enjin aci sesondol atas kembarKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaEnjin yang menggunakan dua aci sesondol, yang diletakkan pada setiap kepala silinder. Satu aci sesondol digunakan untuk menggerakkan injap pengambilan dan satu lagi untuk menggerakkan injap ekzos.
fuel pumppam bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti dalam sistem bahan api yang berfungsi untuk mening- katkan tekanan bagi menggerakkan bahan api dari tangki ke sistem suntikan bahan api atau karburetor. Pam ini terdiri dari- pada dua jenis, iaitu mekanikal yang biasanya digunakan dalam karburetor dan dipacu oleh aci sesondol, dan menggerakkan diafragma untuk menjana tindakan pengepaman. Pam elektrikal pula terdiri daripada dua jenis, iaitu pendesak yang dijalankan oleh motor dan diafragma yang dijalankan oleh daya medan magnet.
joystickkayu bedikKejuruteraanTiada1. Tuil yang digunakan untuk mengawal gerakan pesawat udara, untuk mengendalikan penaik dan aileron.,dan/atau lambang penjejak pada permukaan tiub sinar katod.,3. Peranti yang memungkinkan pengguna menggerakkan penanda kini di sekitar skrin komputer dengan menggerakkan sebatang rod tegak yang tersambung kepada liang masukan/keluaran pada komputer.
abductabdukPerubatanTiadaMenggerakkan sesuatu anggota dari arah paksi median tubuh, atau jari-jari dari garis paksi anggota.
accelerationpencepatanPendidikanTiadaMenggerakkan pelajar untuk menyempurnakan sesuatu tugasan atau tempoh pembelajaran dengan lebih cepat daripada biasa.
abductabdukPerubatanTiadaMenggerakkan sesuatu anggota dari arah satah median tubuh, atau jari-jari dari garis paksi anggota. Bdg. aduk.
12345678910...

Kembali ke atas