saw pit | liang menggergaji | Perhutanan | Tiada | Tiada |
sawing cutting | pemotongan menggergaji | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pemotongan logam dengan gergaji untuk menghasilkan kepingan atau bentuk tertentu apabila kaedah pemotongan membakar atau fluks merosakkan sifat bahan. |
plain sawing | gergajian biasa | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Cara menggergaji balak yang tidak mengambilkira arah gegelang tahunan yang terdapat pada keratan kayu balak tersebut. |
saw machine | mesin gergaji | Kesenian | Tiada | Mesin untuk memotong atau menggergaji benda kerja. |
blade entry hole | lubang pemula | Kesenian | Tiada | Lubang kecil yang dibuat sebagai pemula untuk menggergaji lubang yang lebih besar. |
conversion | pengubahan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses mengubah atau memotong balak menjadi hasil kayu. Misalnya, proses menggergaji untuk menghasilkan kayu gergaji atau proses mengupas untuk menghasilkan kepingan venir. |
breakdown | pembelah | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Operasi awal dalam proses penukaran kayu balak bulat menjadi kayu racik, dengan menggergaji kayu balak secara memanjang. Proses ini dijalankan dengan menggunakan gergaji belah. |
vice | ragum | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat daripada keluli atau besi tuang yang terdiri daripada dua pencengkam yang digunakan untuk memegang benda kerja semasa menggergaji, mengikir, menggerudi, menggilap, melentur atau memperekat kayu. Terdapat tiga jenis ragum yang biasa digunakan dalam kerja kayu iaitu ragum meja, ragum gerudi dan ragum tangan. |
manufacturing imperfections | ketaksempurnaan pembuatan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Cacat rupa yang terjadi semasa pembuatan hasil kayu, seperti ira timbul, ira koyak, langkau ketam, variasi dalam kerja menggergaji dan mengetam, ketebalan tak sekata, kesilapan memadan kayu, rentung mesin dan ketakcukupan lidah lurah.. Kesemua cacat tersebut berlaku akibat pembuatan yang kurang berhati-hati atau akibat penggunaan mesin yang tidak sempurna. |
G-clamp, G-cramp | apit-G | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat kerja kayu daripada logam yang berbentuk G yang digunakan untuk mengapit benda kerja pada meja semsa menggergaji, memahat atau mengukir, atau untuk mengapit kayu-kayu kecil yang hendak diperekat. gambar (Apit G) |