afferent | aferen | Perubatan | Tiada | Sesuatu struktur yang menghantarkan sebarang maklumat atau bahan ke arah pusat sesuatu organ yang lain. |
ceptor | septor | Perubatan | Tiada | 1. Sebarang hujung saraf yang, apabila menerima rangsangan, akan menghantarkan rangsangan itu kepada sel. |
acetylcholine | asetilkolina | Kimia | Tiada | 1. Sebatian ester asetal daripada kolina. 2. Sebatian yang dirembeskan pada hujung kebanyakan gentian saraf, dan berfungsi menghantarkan impuls dari satu sel saraf ke sel saraf yang lain atau ke otot. |
active attack | serangan aktif | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Percubaan memutuskan hubungan komunikasi dengan cara menghalang penghantaran mesej, mengubah mesej, menyimpan mesej dan menghantarkan kembali pada masa akan datang, atau bertindak sebagai �orang tengah� di antara penghantar dan penerima. Contohnya, tindakan melancarkan serangan DoS terhadap suatu sistem komputer sehingga menyebabkan pengguna lain tidak dapat mencapai sistem komputer tersebut. Banding serangan pasif dan serangan ulangan. |
auditory ossicle | osikel auditori | Perubatan | Tiada | Tiga tulang kecil yang merintangi rongga telinga tengah, yang terdiri daripada tulang tukul (malleus), tulang andas (incus), dan tulang rakap (stapes). Tulang ini menghantarkan gelombang bunyi dari membran timpanum ke telinga dalam. |
cement-bond survey | survei ikatan simen | Kejuruteraan | Petroleum | Suatu survei akustik atau kaedah pengelogan sonik yang merakam mutu atau kekerasan simen di dalam anulus (antara selongsong dengan dinding lubang telaga) tempat simen tersebut digunakan untuk mengikat atau melekatkan selongsong dengan formasi. Bahagian selongsong yang terikat dengan baik dengan formasi akan menghantarkan atau mengalirkan isyarat akustik dengan cepat, sementara selongsong yang tidak terikat dengan baik akan menyebabkan penghantaran isyarat akustik lebih perlahan. |