Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.da.pi] | مڠهيدڤي

Definisi : menang­gung sesuatu penyakit dgn lama: ~ penyakit tibi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hidap
Kata Terbitan : menghidapi, hidapan, penghidap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ishihara testujian IshiharaPsikologiPsikologi UmumUjian yang digunakan untuk menentukan sama ada individu menghidapi masalah penglihatan warna atau sebaliknya. Dalam ujian ini, nombor dan sesuatu bentuk diletakkan dalam latar bertitik warna tertentu. Latar dan nombor tersebut mempunyai warna yang berbeza. Contohnya, individu buta warna akan melihat rajah dalam ujian Ishihara sebagai titik-titik bercampur aduk, manakala individu yang tidak menghidapi buta warna akan dapat mengenal pasti nombor atau bentuk yang terbenam dalam latarnya.
ecological approachpendekatan ekologiKejururawatanTiadaKaedah menentukan risiko individu menghidapi sesuatu penyakit dalam sesuatu populasi.
high carerawatan rapiPerubatanTiadaJagaan yang cermat dan teliti untuk pesakit yang menghidapi penyakit teruk.
Ishihara testujian IshiharaKejururawatanTiadaUjian yang digunakan untuk menentukan sama ada individu menghidapi masalah penglihatan warna atau sebaliknya. Dalam ujian ini, nombor dan sesuatu bentuk diletakkan dalam latar bertitik warna tertentu. Latar dan nombor tersebut mempunyai warna yang berbeza. Contohnya, individu buta warna akan melihat rajah dalam ujian Ishihara sebagai titik-titik bercampur aduk, sementara individu yang tidak buta warna akan dapat mengenal pasti nombor atau bentuk yang terbenam dalam latarnya.
intensive carejagaan rapiPerubatanTiadaJagaan yang cermat dan teliti untuk pesakit yang menghidapi penyakit teruk.
suspectsuspekKejururawatanTiadaIndividu yang mempunyai sejarah perubatan dan simptom yang menunjukkan kemungkinan akan menghidapi sesuatu penyakit.
Schultz-Charlton�s testujian Schultz-CharltonPerubatanTiadaUjian untuk mengetahui sama ada seseorang menghidapi demam skarlet.
adenoid faciesroman adenoidPerubatanTiadaWajah seolah-olah orang bodoh, yang dicirikan dengan mulut yang sentiasa ternganga, seperti yang kelihatan pada kanak-kanak yang menghidapi pembesaran adenoid.
flocculation testujian pengelompokanPerubatanTiadaUjian untuk menganggar darjah pemendakan bahan pengelompok di dalam darah yang diuji. Sekiranya pengelompokan berlaku, ini menunjukkan bahawa individu tersebut menghidapi sifilis atau penyakit lain.
substandard riskrisiko substandardPentadbiran PerniagaanTiadaRisiko atau perkara pokok insurans yang standardnya adalah rendah daripada risiko biasa. Oleh itu premium yang dikenakan adalah tinggi. Contohnya dalam insurans hayat, bakal pembeli insurans yang menghidapi penyakit jantung dikelaskan sebagai risiko terjejas.
12

Kembali ke atas