Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kat] | مڠيکت

Definisi : 1. melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dll pd anggota (dll) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pd bungkusan (kumpulan dll) barang supaya tidak terburai dsb, membuat jadi berikat dgn tali dll, membebat, memberkas: bungkusan barang yg hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu diikat pula; 2. ki memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh kpd segala peraturan (syarat, kehendak, dsb) yg tertentu, membelenggu, mengongkong: undang-undang dan peraturan yg ~ kebebasan seseorang; 3. menyusun, mengarang (syair, pantun sajak, dll); 4. mengatur atau menyusun pasukan (barisan dll); ~ perang mengatur pasukan-pasukan dlm peperangan; 5. memberi berbingkai (batu permata dll), menyalutkan (dgn emas dll): ~ batu akik dgn suasa; 6. memakai, memasang: ~ kain; ~ serban; ~ tali leher; ~ tengkolok; 7. membuat: mereka telah ~ perjanjian utk mengenakan pemulauan ekonomi; ~ hati (perhatian) menarik hati (perhatian); ~ jamin memberi jaminan (supaya orang yg dituduh dapat bebas sehingga dibicarakan); ~ janji berjanji (menguatkan janji); ~ jiwa a) menarik hati; b) merayukan hati; ~ perkenalan berkenalan; ~ (tali) pertunangan bertunang; ~ perut mengurangkan makan kerana susah; ~ tali persahabatan bersahabat; bagai diikat dgn sehasta tali prb tidak dapat berbuat sekehendak hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kat] | مڠيکت

Definisi : 1 membuat jadi berikat (dgn tali dll); membebat; memberkas: Dia ~ kepalanya dgn sapu tangan sbg ganti kopiah. ~ tangan pencuri. 2 memberi berbingkai (bkn batu permata dsb); membuat jadi berbingkai: ~ intan dgn suasa. 3 ist menjadikan sesuatu dlm bentuk yg stabil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Putus tali mengikat tangga,
     Mari diikat tali mengkuang;
Putus hati pandang ke janda,
     Kerana janda anak seorang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mengikat tali butangmengikat tali butangKesenianTiadaProses menggantikan lidi songket dengan menyusun benang asing dan kemudian disimpulkan menjadi butang.
benang asingbenang asingKesenianTiadaBenang daripada nilon, guni, jerami dan lain-lain yang digunakan sebagai alat bantu menenun seperti membuat karat, mengikat butang, mengikat sumbi dan genu serta menjalin karat.
resolutionresolusiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKetetapan yang dibuat oleh pertubuhan antarabangsa mengenai sesuatu isu atau pertikaian. Terdapat resolusi yang mengikat dan resolusi yang tidak mengikat. Resolusi Majlis Keselamatan yang diluluskan di bawah Bab VII Piagam PBB adalah mengikat. Contohnya, resolusi untuk mengenakan sanksi ekonomi dan ketenteraan terhadap Iraq yang melanggar Piagam PBB apabila menawan Kuwait pada tahun 1990. Resolusi Perhimpunan Agung PBB pula adalah tidak mengikat.
truss (chicken)mengikat (ayam)Pentadbiran PerniagaanTiadaProses memasak dengan cara mengikat kaki dan kepak ayam bagi mengekalkan bentuk serta jus di dalam daging tersebut.
tie (chicken)mengikat (ayam)Pentadbiran PerniagaanTiadaProses memasak dengan cara mengikat kaki dan kepak ayam bagi mengekalkan bentuk serta jus di dalam daging tersebut.
binding precedentduluan mengikatUndang-undangTiadaKejadian dan/atau perkara terdahulu yang mengikat atau memaksa perkara yang sedang di pertimbangkan, dilaksanakan atau diuruskan.
activatorpengaktifFarmasiBioteknologi Farmasi1. Faktor transkripsi yang mengaruh ekspresi gen dengan mengikat pada jujukan penggalak. 2. Molekul kecil, biasanya protein yang meningkatkan aktiviti enzim dengan mengikat pada tapak alosterik enzim. 3. Sebatian yang meningkatkan aktiviti drug atau bendasing dalam tubuh
nanostrandnanolembarFizikNanoteknologiBebenang dengan ketebalan bersaiz nano yang digunakan untuk menghubungkan atau mengikat dua atau lebih struktur molekul. Contohnya, dua bebenang digunakan untuk menghubungkan struktur nukleotid, adenina dan timina kepada pasangan heliks DNA dan begitu juga dua lembar lagi untuk mengikat struktur nukleotid, guanina dan sitosina pada pasangan heliks tersebut. Tebal bagi bebenang ini adalah kira-kira 0.34 nm.
commitmengikat janji; melibatkan diriPentadbiranTiadaTiada
commitmengikat janji;keterikatanTeknologi MaklumatTiadasupaya perubahan yang dilakukan terhadap pangkalan data dijadikan kekal.
12345678910...

Kembali ke atas