Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.ring] | مڠيريڠ

Definisi : 1. dgn lambung (sisi) dihadapkan kpd sesuatu (orang dll): duduknya tidak berhadapan lagi dgn aku, tetapi ~; 2. di atas sisi (samping): letakkan botol itu ~; 3. berbaring di atas sisi (lambung): puas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.ring] | مڠيريڠ

Definisi : 1. menemani utk mengawal dll, menyertai, mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dgn, me­nyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.ring] | مڠيريڠ

Definisi : 1 menghalakan sisinya ke depan: Ketika bergambar tadi, dia duduk ~. 2 berbaring di atas sisi atau lambungnya: Puas meniarap, dia ~, puas ~, dia menelentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngi.ring] | مڠيريڠ

Definisi : berjalan dsb bersama-sama: Dia ~ saya ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengiring


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
entrainmengiringKejuruteraanTiadaTiada
to entrainmengiring arusKejuruteraanTiadaTiada
accompanimentiringanKesenianSeni Muzik

Muzik latar yang mengiring.

side strokegaya sisiSukanTiadaGaya renang dengan kedudukan badan mengiring, satu tangan menguak gaya dada, satu lagi menguak air dari dada ke paha atau lurus di tepi badan. Kedua-dua lutut membengkok, menendang secara mengangkang dan menutup kaki dengan pantas. Gaya ini sesuai untuk menunda mangsa. Sinonim : scissors stroke
colla voce (It)dengan suaraKesenianTiadaArahan untuk pemain muzik latar mengiring penyanyi.
scissors strokegaya renang guntingSukanTiadaGaya renang dengan kedudukan badan mengiring, satu tangan menguak gaya dada, satu lagi menguak air dari dada ke paha, atau lurus di tepi badan. Kedua-dua lutut membengkok, menendang secara mengangkang dan menutup kaki dengan pantas. Gaya ini sesuai untuk menunda mangsa.
breast offkeluar sisi (kapal)PelayaranTiadaKeadaan kapal keluar dari dermaga secara mengiring.
scissors kicktendang guntingSukanTiadaKeadaan apabila kaki melakukan tendang gaya dada. Semasa badan mengiring, sebelah tangan menguak manakala sebelah lagi lurus atau mendakap dada. Biasanya tendang gunting ini digunakan ketika menunda mangsa.
bowsprit shroudtali suai jongorPelayaranTiadaTali yang diikat dari hujung jongor ke kedua-dua tepi luan kapal agar jongor tidak mengiring.
half smashsmesy separuhSukanTiadaSmesy yang kekuatannya hanya separuh atau tiga suku daripada kekuatan smesy sebenar, biasanya dengan kedudukan muka raket mengiring, dilakukan dengan tujuan mengelirukan lawan.

Kembali ke atas