victim provocation | provokasi mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan yang disengajakan oleh mangsa yang menyebabkan pesalah melakukan jenayah terhadapnya. Contohnya, seorang lelaki yang mengejek nama ibu individu lain secara keterlaluan sehingga mengundang kemarahannya sekali gus menyebabkan pergaduhan di antara mereka. |
media tour | lawatan media | Komunikasi | Korporat | Aktiviti bertemu dengan pihak media yang dianjurkan oleh organisasi. Aktiviti ini boleh berlaku dalam dua cara. Pertama, pihak organisasi atau wakilnya membuat lawatan ke agensi media yang strategik. Kedua, pihak organisasi mengundang wakil media melawat organisasi atau syarikat. Dari segi perhubungan awam dan komunikasi korporat, lawatan media merupakan salah satu aktiviti proaktif pihak pengurusan organisasi bagi mendapatkan ruang promosi dan publisiti sama ada media cetak atau media elektronik. Dalam keadaan sesebuah organisasi yang sedang menghadapi krisis, lawatan daripada pihak media ke organisasi berkenaan boleh membantu mengurangkan tekanan krisis melalui liputan positif media terhadap organisasi. Keadaan ini boleh memulihkan keyakinan khalayak terhadap organisasi. |
spamming | penspaman | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan menghantar e-mel yang biasanya berbentuk iklan, berita palsu, kod hasad seperti virus, atau apa jua bentuk teks, grafik, atau fail lampiran yang tidak diingini kepada penerima-penerima yang tidak mengundang atau meminta e-mel tersebut. Penerima e-mel ini dipilih sama ada secara bersasaran atau secara rawak. Sinonim e-mel remeh. |
denial mechanism | mekanisme penafian | Psikologi | Psikologi Umum | Tindak balas bela diri yang digunakan oleh individu untuk menafikan sesuatu fakta bagi melegakan perasaan dirinya. Contohnya, individu yang menganggap benjolan di badannya yang boleh mendatangkan penyakit hanya sebagai benjolan biasa. Tindakan seperti ini kadang-kadang boleh mengundang masalah kesihatan yang serius. |
romanticism | romantisisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada be |