gland | kelenjar; sesendal | Perubatan | Tiada | Kelenjar: Sel atau organ yang mensintesiskan bahan kimia dan merembeskan bahan tersebut untuk digunakan atau dikumuh. |
gland | kelenjar; sesendal | Kimia | Tiada | Kelenjar: Sel atau organ yang mensintesiskan bahan kimia dan merembeskan bahan tersebut untuk digunakan atau dikumuh. |
phototroph | fototrof | Biologi | Ekologi | Organisma yang menggunakan matahari sebagai sumber tenaga untuk mensintesiskan bahan organik, seperti karbohidrat dan protein, daripada karbon dioksida dan air dengan bantuan klorofil dan pelbagai enzim yang terdapat di dalam kloroplas, Misalnya, tumbuhan peringkat tinggi. |
endocrine gland | kelenjar endokrin | Biologi | Histologi dan Sitologi | Kelenjar tanpa duktus yang berfungsi mensintesiskan hormon dan merembeskannya secara langsung ke dalam sistem edaran darah vertebrat dan invertebrat. |
autotrophic algae | alga autotrofik | Sains Marin | Tiada | Alga yang dapat menghasilkan makanannya sendiri dengan mensintesiskan bahan organik menggunakan sumber tenaga daripada matahari (fotosintesis) atau tenaga kimia (kemosintesis). Banding alga heterotrofik. |
genetic colonization | pengkolonian genetik | Biologi | Genetik | Penambahan bahan genetik daripada parasit ke dalam hos untuk merangsang hos mensintesiskan hasil yang hanya boleh digunakan oleh parasit. |
adrenal medulla | medula adrenal | Veterinar | Praklinikal | Bahagian dalam pada kelenjar adrenal. Jenis sel utama ialah sel kromafin yang mensintesiskan dan merembeskan epinefrin dan norepinefrin. Penghasilan epinefrin dan norepinefrin berbeza mengikut spesies. Manusia; kucing dan ayam masing-masing menghasilkan epinefrin 80%; 60% dan 30%. Medula adrenal disarafkan oleh fiber simpatetik praganglion yang merupakan cabang sistem saraf simpatetik. |
mixotrophic algae | alga miksotrofik | Sains Marin | Tiada | Kumpulan alga yang menggunakan kombinasi sumber tenaga dan sumber karbon yang berbeza dalam mensintesiskan makanannya. Alga miksotrofik merupakan perantaraan antara alga autotrafik dan alga heterotrofik. Kombinasi miksotrofik merupakan gabungan fototrof dengan kemotrof, dan litotrof dengan organotrof, autotrof dengan heterotrof atau kombinasi lain. Alga miksotrofik dapat hidup dalam keadaan bercahaya atau tanpa cahaya. |
butyric acid | asid butirik | Kimia | Biokimia | Asid tidak berwarna, mudah terbakar, cair dalam air, alkohol dan eter. Asid ini digunakan untuk mensintesiskan perasa, ubat-ubatan, dan juga digunakan sebagai agen pengemulsi. |
fat body | jasad lemak | Biologi | Entomologi | Jisim tisu lemak yang memenuhi kebanyakan rongga badan serangga. Makanan yang tersimpan di dalam tisu ini termasuklah lemak, protein, dan glikogen. Organ yang berfungsi seperti hati haiwan vertebrat ini mensintesiskan trehalosa sebagai gula hemolimfa. Banyak metabolisme dijalankan oleh organ ini. |