odd | ganjil | Matematik | Tiada | 1. (Bagi fungsi) menukarkan tanda tanpa menukarkan nilai mutlaknya apabila tanda pemboleh ubah tak bersandar ditukarkan, supaya f(x) = -f(-x). 2. (Bagi integer) tidak terbahagikan secara tepat dengan.,tidak terbahagikan secara tepat dengan. |
motor | motor | Teknik | Elektrik | 1. Mesin yang menukarkan satu bentuk tenaga kepada tenaga mekanik (dalam bentuk putaran). Misalnya, motor elektrik menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik dalam bentuk putaran, dan motor air menukarkan tenaga hidraulik kepada tenaga mekanik. |
transducer | transduser | Teknik | Elektrik | Peranti atau komponen yang dapat menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain, contohnya dari tenaga elektrik ke tenaga mekanik. Peranti seperti mikrofon menukarkan tenaga bunyi kepada tenaga elektrik, manakala motor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik. |
photosynthesis efficiency | kecekapan fotosintesis | Pertanian | Agronomi | Keberkesanan tumbuhan menukarkan tenaga cahaya yang diterima kepada bentuk tenaga yang lain. Contohnya, keberkesanan pokok menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia adalah sebanyak 0.2 peratus hingga 0.5 peratus, manakala keberkesanan panel solar menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga elektrik adalah sebanyak 10 peratus hingga 20 peratus. Kecekapan fotosintesis berbeza, bergantung pada frekuensi cahaya. |
inverter | penyongsang | Teknik | Elektrik | 1. Peranti yang menukarkan arus terus kepada arus ulang-alik. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan sistem elektromekanik, litar elektronik atau penggetar. Misalnya, pembekal kuasa lampu pendarfluor yang menggunakan bateri. 2. Litar get logik yang akan menukarkan logik masukan jika masukan logik 1 keluar menjadi 0. |
energy input | input tenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Jumlah tenaga yang dimasukkan ke dalam sesuatu sistem atau peranti. Peranti mungkin akan menukarkan jenis tenaga tetapi tidak menukarkan jumlah tenaga yang diterima. Contohnya, tenaga elektrik (input) yang dialirkan ke mentol akan berubah kepada tenaga cahaya dan tenaga haba (output). |
nitrogen fixation | penetapan nitrogen | Kimia | Tiada | Penukaran nitrogen yang terdapat dalam udara kepada sebatian bernitrogen melalui tindakan mikroorganisma tanah atau tindakan kilat. Mikroorganisma tanah, seperti Rhizobium yang terdapat di dalam akar kekacang, menukarkan nitrogen kepada garam nitrit dan nitrat, manakala kilat menukarkan nitrogen kepada nitrogen oksida yang larut di dalam air hujan untuk membentuk asid nitrus dan asid nitrik. Penetapan nitrogen juga boleh dilakukan secara industri melalui penggabungan kalsium karbida dengan nitrogen untuk menghasilkan ammonia. |
digest | cerna | Perubatan | Tiada | Cerna: Menukarkan makanan menjadi sebatian yang lebih ringkas di dalam salur pencernaan supaya ia dapat diserap. |
evaporate | sejat | Kimia | Tiada | 1. Menukarkan daripada keadaan cecair atau pepejal kepada wap. |
congeal | membeku | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Menukarkan sesuatu daripada cecair kepada pepejal dengan mendinginbekukannya. |