Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.tut] | منونتوت

Definisi : 1. meminta dgn mendesak (supaya dilakukan, dipenuhi, dll): pekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji; 2. meminta supaya dijelaskan (hutang dll), menagih hutang: pekedai-pekedai tidak berani lagi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggan mereka; 3. hendak memulangkan kembali perbuatan yg telah dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali (kejahatan orang dll), melakukan sesuatu yg setimpal: perbuatan si dajal itu mesti dituntut; 4. mempertahankan (hak atas sesuatu), menjaga, memelihara: hak pengarang dituntut; 5. berusaha dgn keras (utk mendapatkan sesuatu), bekerja sungguh-sungguh (utk mencapai tujuan dll): mereka telah banyak mengorbankan tenaga dan harta dlm perjuangan mereka ~ kebebasan itu; 6. berusaha utk mencari ilmu (pengeta­huan dll), mempelajari: anak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yg lebih maju; 7. mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar dilakukan dsb sesuatu): kita hendaklah menunaikan kewajiban kita spt yg dituntut oleh agama kita; isinya tidak ~ kita berfikir jauh; 8. membawa perkara ke mahkamah (utk diadili), mendakwa: mereka yg melanggar undang-undang negara akan dituntut; 9. sl menuju ke, menghala ke; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.tut] | منونتوت

Definisi : 1 meminta dgn mendesak supaya sesuatu dilakukan atau ditunaikan: Pekerja-pekerja itu ~ gaji lebih. 2 meminta supaya dije­laskan hutang dll: Tiap-tiap bulan, tauke itu pergi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggannya. 3 berusaha utk men­cari ilmu pengetahuan atau utk mendapatkan sesuatu: Ia pergi ~ ilmu ke Mesir. 4 membawa sesuatu perkara ke mahkamah; mendakwa. ~ balas membalas sesuatu perbuatan; membalas dendam. ~ bela membalas kejahatan orang; membela kematian seseorang. ~ janji meminta supaya menepati janji. ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuntut
Kata Terbitan : menuntut, tuntutan, penuntut,

Puisi
 

Buah salak di dalam piring,
     Buah kedondong atas jendela;
Kalau jalak lawan biring,
     Nanti tedung menuntut bela.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sabung selepas hari petang,
     tak dapat menuntut balas lagi.

Bermaksud :

Untung-untungan; berserah kepada nasib.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
istihqaqmenuntut hakPerniagaan IslamTiadaTuntutan hak yang dibuat oleh satu pihak untuk memiliki sesuatu produk atau faedah produk. Sekiranya sabit tuntutan haknya di sisi syarak, maka produk yang dituntut itu menjadi haknya.
claimantpihak menuntutUndang-undangTiadaTiada
claimantpihak menuntutSejarahTiadaPihak atau orang yang membuat tuntutan berdasarkan undang-undang.
claimantpihak menuntutEkonomiTiadaTiada
claimant (election)pihak menuntutUndang-undangTiadaSeseorang yang memohon kepada pegawai pendaftar agar namanya yang tertinggal daripada daftar pemilih dimasukkan ke dalam daftar pemilih itu.
entitled to redressberhak menuntutUndang-undangTiadaTiada
pretenderpengakuSejarahTiadaOrang yang menuntut sesuatu hak atau gelaran tanpa alasan yang kukuh atau dengan menipu.
دعوى النفقةdakwah nafkahAgama IslamFiqhMenuntut perbelanjaan (sara hidup).
may have recourse against the claimantboleh mengambil tindakan terhadap pihak menuntutUndang-undangTiadaTiada
negative strikemogok negatifPentadbiranTiadaTindakan perindustrian menuntut upah dan gaji yang lebih baik.
12345678

Kembali ke atas