political order | aturan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima. |
الكفؤ | sekufu/setaraf | Agama Islam | Fiqh | Persamaan taraf menurut ‘uruf (adat) yang diperlukan dalam perkahwinan. |
tyranny | kezaliman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk pemerintahan yang tidak menurut garis peraturan sama ada perlembagaan, undang-undang atau adat yang telah diterima. Pemerintahan jenis ini dikategorikan sebagai kejam dan dilakukan oleh pemerintah yang memiliki kuasa mutlak. Dalam pemerintahan ini, mahkamah dan dewan legislatif tidak berfungsi serta gagal memberi semakan dan imbangan kepada pemerintah. Contohnya, Iran di bawah Shah Iran Pahlavi dan Stalin di Soviet Union. Sinonim tirani. |
behaviouralism | behaviouralisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pendekatan yang menjelaskan persoalan fakta dalam sesuatu analisis politik. Menurut pendekatan ini, sesuatu kajian atau analisis politik perlu mengambil kira faktor ekonomi, sosial dan psikologi. Pendekatan ini cuba memahami politik dengan melihat perkaitan antara elemen tingkah laku masyarakat seperti sikap, kepercayaan, nilai, norma dan adat dengan aspek politik seperti pilihan raya, parti politik, penyertaan politik kumpulan pendesak, revolusi dan sebagainya. Pendekatan ini juga tidak melihat politik hanya bersifat keinstitusian seperti parlimen, kerajaan, legislatif, kehakiman dan pentadbiran awam. Dalam konteks ilmu politik, pendekatan ini muncul kesan daripada reaksi intelektual untuk menjadikan disiplin politik lebih bersifat holistik dan saintifik. Pendekatan ini diperkenalkan oleh Charles E. Merriam dari Universiti Chicago pada tahun 1940-an dan kemudiannya dikembangkan oleh anak murid beliau antaranya V.O. Key, David B. Truman, Herbert Simon dan Gabriel Almond yang lebih popular dikenali sebagai " |
legitimate power | kuasa sah | Pentadbiran | Tiada | Autoriti yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu pihak dalam melaksanakan pemerintahan, governan ataupun pentadbiran, berdasarkan peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan, undang-undang atau adat istiadat. Kuasa ini memberi individu atau pihak tertentu hak untuk merancang, mentadbir dan membuat pelbagai keputusan penting bagi organisasi atau negara. Walau bagaimanapun, kuasa ini mempunyai had tertentu menurut bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepadanya. Kuasa ini diberikan secara sah melalui pelantikan, warisan, pengundian mahupun secara giliran. Dengan kuasa ini orang ramai dikehendaki akur dengan keputusan yang telah dibuat. |
judicial decision | keputusan kehakiman | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hasil daripada penyelesaian pertelingkahan yang dibawa kepada mahkamah domestik ataupun mahkamah antarabangsa. Keputusan kehakiman sangat penting kerana ia menentukan bagaimana sesuatu kes diselesaikan. Menurut Perkara 38(1) (d) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa, keputusan kehakiman merupakan salah satu sumber sampingan undangundang antarabangsa. Keputusan kehakiman hanya mengikat negara yang bertelingkah tanpa mengikat negara-negara lain. Walau bagaimanapun, keputusan kehakiman boleh menjadi bukti amalan negara yang boleh membentuk adat antarabangsa yang bersifat mengikat sesebuah negara. |
attack | serangan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan keganasan terhadap musuh. Istilah �serangan� dalam undang-undang antarabangsa digunakan dalam dua badan undang-undang yang berbeza iaitu, jus ad bellum dan jus in bello dengan tujuan dan maksud yang berbeza. Pertama, istilah �serangan bersenjata� muncul dalam jus ad bellum, yang menentukan bilakah negara boleh mengambil jalan untuk menggunakan kekerasan sebagai dasar negara tersebut. Dalam konteks itu, �serangan� berfungsi sebagai satu prasyarat kepada kebenaran untuk menggunakan kekerasan dalam mempertahankan diri menurut Perkara 51 Piagam PBB dan undang-undang adat antarabangsa. Kedua, dalam jus in bello �serangan� merujuk kepada jenis tertentu operasi ketenteraan yang menetapkan pelbagai larangan dan sekatan dikenakan. Aspek jus in bello atau undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menetapkan kaedah undangundang tentang bagaimana operasi boleh dijalankan semasa berlakunya konflik bersenjata. Takrifan serangan terkandung dalam Perkara 49(1) Protokol Tambahan I, 1977 |