Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ki.ti] | مڽاکيتي

Definisi : 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ki.ti] | مڽاکيتي

Definisi : 1 menyebabkan orang berasa sakit: Sebenarnya polis tidak boleh ~ orang-orang tahanan. 2 menjadikan sakit: Kata-katanya ~ hatiku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Peribahasa

Menggetil puncak kedal orang.

Bermaksud :

Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyinggung mata bisul orang). getil = mencubit; kedal = kudis.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
invidious attitudesikap menyakitiPendidikanTiadaTiada
verbal bullyingbuli lisanKriminologiKeadilan JenayahTingkah laku yang disengajakan untuk menyakiti mangsa melalui percakapan atau ejekan. Biasanya tindakan ini melibatkan dua pihak, niat seseorang pembuli dan berlaku secara berulang. Tindakan ini boleh menyebabkan kesan psikologikal dalam diri mangsa. Contohnya, mengecam bentuk fizikal badan (kecam badan) atau ejekan nama seseorang.

Kembali ke atas