Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.kit.kan] | مڽاکيتکن

Definisi : menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dll), menyebabkan berasa sakit: hulu kikir yg bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya; ~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dsb): Zarina ketawa seolah-olah me­ngejek-nya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yg sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yg melihatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.kit.kan] | مڽاکيتکن

Definisi : menimbulkan rasa sakit; mendatangkan sakit: Hulu kikir yg bujur akan ~ tangan ketika menggunakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Peribahasa

603

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
irritatingmenyakitkan hatiPendidikanTiadaTiada
vexationmenyakitkan hatiUndang-undangTiadaTiada
irritationperengsaan;menyakitkan hatiPsikologiTiadaTiada
noxiousnoksiusPerubatanTiadaSesuatu yang menyakitkan dan merbahaya.
tenesmustenesmusPerubatanTiadaDesakan yang menyakitkan untuk membuang air tanpa mendatangkan hasil yang memuaskan.
vaginismusvaginismusPerubatanTiadaSpasme faraj yang menyakitkan yang sering berlaku semasa persetubuhan.
anal fissurefisur duburPerubatanTiadaUlser linear yang menyakitkan yang terdapat di tepian dubur.
heat crampkekejangan habaMakanan dan PemakananPemakananKekejangan otot yang menyakitkan akibat bersenam dalam keadaan panas yang berpanjangan tanpa penggantian air dan garam.
tenesmustenesmusPerubatanTiadaPerbuatan meneran, terutama peneranan yang tidak berhasil dan menyakitkan semasa buang air kecil atau besar.
healingrehat mindaUmumTiadaProses apabila keadaan buruk atau emosi yang menyakitkan berakhir atau bertambah baik.
123

Kembali ke atas