Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.rah] | مڽره

Definisi : 1. menggantungkan nasib kpd, bertawakal kpd, berserah: jangan lekas ~ kpd takdir; 2. = ~ kalah tidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah: biarlah darahnya dihirup drpd ~ kalah; 3. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa (orang salah, orang yg ditewaskan dlm peperangan, dll): beberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri; 4. tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja: akhirnya ia ~ kpd kehendak Raden Menteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.rah] | مڽره

Definisi : tidak membantah atau tidak me­nentang; menurut saja: Akhirnya dia ~ kpd kehendak raja itu. ~ diri merelakan diri ditangkap atau ditawan oleh pihak yg berkuasa (bkn orang salah, pihak yg kalah dlm peperangan dll). ~ kalah mengaku kalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serah
Kata Terbitan : berserah, menyerah, menyerahkan, terserah, penyerahan, serah2, terserah-serah,

Puisi
 

Putik cempedak buah cempedak,
     Tetak buluh berduri;
Adik tidak abang tidak,
     Kerana tubuh menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Linggi diserang,
     Riau yang alah.

Bermaksud :

Menyerah tanpa berjuang.

 

Lihat selanjutnya...(2)

31

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
maittamenyerah (Judo)PendidikanTiadaTiada
maittamenyerah (Judo)SukanTiadaTiada
to assign tax or feemenyerah hak cukai atau bayaranUndang-undangTiadaTiada
dispensarydispensariPerubatanTiadaTempat menyedia, menyerah dan menjual ubat-ubatan atau alat-alat perubatan.
capitulationpenyerahanSejarahTiadaPerbuatan atau tindakan menyerah diri kepada musuh dengan persetujuan atau perjanjian tertentu antara kedua-dua belah pihak.
defeatist attitudesikap mati semangatSejarahTiadaSikap, dasar atau amalan yang mudah menyerah tanpa melawan atau berusaha untuk mengatasi atau menyelesaikan sesuatu masalah.
defeatism attitudesikap mati semangatSejarahTiadaFahaman yang berpegang kepada sikap, dasar atau amalan yang mudah menyerah tanpa melawan atau berusaha untuk mengatasi atau menyelesaikan sesuatu masalah.
iron womenwanita besiUmumTiadaGelaran kepada wanita yang memiliki ketahanan mental dan fizikal yang tinggi serta tidak mudah menyerah kalah dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
besieged areakawasan terkepungUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKawasan yang berbenteng kukuh atau berkubu, yang dikepung oleh kekuatan tentera musuh bagi memaksa pihak di dalamnya menyerah diri. Kawasan terkepung biasanya dikaitkan dengan satu siri serangan tentera yang berpanjangan atau sekatan ke atas sebuah bandar atau kubu dengan niat untuk menakluk bandar atau kubu tersebut dengan cara kekerasan. Contohnya, Bandar Homs di Syria telah menjadi kawasan terkepung akibat tindakan tentera kerajaan Syria yang menyerang pemberontak yang berkubu sejak 2011. Pengeboman yang dilakukan secara sewenang-wenang sehingga mengorbankan banyak nyawa orang awam boleh dianggap sebagai melanggar undang-undang peperangan.
hors de combathors de combatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaGolongan penempur yang tidak lagi berdaya untuk mengambil bahagian dalam permusuhan kerana sakit, lukaluka atau memang telah menyerah kalah. Hors de combat ini biasanya diberikan status tawanan perang, dan oleh yang demikian hendaklah dilindungi daripada disasarkan, dan hendaklah diperlakukan secara manusiawi dan dirawat (jika sakit atau terluka). Walau bagaimanapun, mereka tertakluk kepada pendakwaan dan hukuman sekiranya melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
12

Kembali ke atas