Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.sal] | مڽسل

Definisi : 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.sal] | مڽسل

Definisi : ; bersesalan, bersesal-sesalan salah-me­nyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduh­-menuduh sesama sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.sal] | مڽسل

Definisi : berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus, jangan ~ nanti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesal (kata nama)
Bersinonim dengan kesal, keinsafan;,
Kata Terbitan : bersesalan, bersesal-sesalan, menyesal, kesesalan,

Puisi
 

Tupai mengusik bunga durian,
     Durian berbuah di depan rumah;
Tidak menyesal hari kemudian,
     Supaya badan tidak punah.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Menengadah (= menentang) matahari.

Bermaksud :

Melawan orang berkuasa (pandai dan sebagainya), akhirnya akan kecewa dan menyesal.

 

Lihat selanjutnya...(6)

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
severe depressionmurung terukPsikologiTiadaSikap menyendiri atau perasaan sedih, kecewa atau menyesal berkaitan sesuatu isu atau konflik.
psychopathic personalitypersonaliti psikopatikPerubatanPsikiatriPerwatakan individu yang melakukan jenayah, aktiviti seksual atau keganasan secara berterusan untuk mendapatkan kepuasan hidup dan tidak menyesal dengan perbuatan jahatnya.
honeymoon phasefasa bulan maduKriminologiKeadilan JenayahFasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa.

Kembali ke atas