[me.nyiar.kan] | مڽيارکن
Definisi : 1. menghebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dll), mengumumkan: berita itu telah disiarkan melalui radio; 2. memasukkan (gambar dll ke dlm majalah, surat khabar, dll) dan menerbitkannya: majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; 3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dll); 4. memancarkan (cahaya dll); 5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nyiar.kan] | مڽيارکن
Definisi : 1 memberitahukan (sesuatu) kpd orang ramai dgn menggunakan radio (surat khabar dll); menghebahkan; mengumumkan: Radio Malaysia telah ~ berita ttg peperangan Pakinda. 2 menyebabkan sesuatu agama atau pendapat tersebar merata-rata; menyebarkan: Orang yg mula-mula sekali ~ agama Islam ke Tanah Melayu tidak diketahui dgn pasti. 3 memancarkan cahaya dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)