epigram | epigram | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan penga |
satyr play | drama satir | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang dipersembahkan untuk menyindir golongan tertentu. Drama ini bersifat bodoh, jengkel dan mengandungi unsur lawak. Persembahan drama satir merupakan bahagian terakhir daripada kumpulan empat persembahan yang terdiri daripada tiga persembahan drama tragedi dan sebuah drama satir. Persembahan satir mempersendakan golongan yang mungkin juga protagonis dalam tiga persembahan drama tragedi sebelumnya. Persembahan drama ini diiringi oleh sekumpulan korus satir, iaitu makhluk separuh manusia dan separuh kampung. Contoh drama satir yang masih wujud ialah Cyclops oleh Euripides. Satir tidak ada kaitan dengan satira. |
cynicism | sinisisme | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi unsur dan maksud menyindir, mengejek atau mencemuh seseorang. |
epigram | epigram | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak, kecindan, berkias dan menyindir. |
sirvente | satira trubadur | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi kedaerahan yang temanya berbentuk politik atau moral yang selalunya bertujuan menyindir. |
intonation | intonasi | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan nada suara semasa ujaran atau bercakap. Nada suara ini memperlihatkan sikap pengucap, seperti menyindir, marah dan hairan. Intonasi membezakn sesuatu ujaran itu sama ada pernyataan atau persoalan. Contohnya, pernyataan biasa seperti �kami akan pulang� boleh dijadikan sesuatu soalan dengan mengubah nada suara daripada rendah kepada tinggi. Intonasi banyak digunakan dalam deklamasi sajak, membaca gurindam dan syair. |
caricature | karikatur | Komunikasi | Tiada | Lakaran mengenai seseorang watak yang disiarkan di dalam media cetak yang mempunyai ciri-ciri yang menarik. Karikatur dibuat dengan tujuan untuk menyindir, mengkritik atau menyampaikan sesuatu mesej. |
dikir barat | dikir barat | Kesenian | Drama dan Teater | Dikir yang disampaikan secara berkumpulan dengan memasukkan elemen muzik, nyanyian dan gerak aksi yang diadun sebagai satu gubahan untuk menyindir secara berjenaka mengenai isu sosial. Seni tradisi ini digemari oleh masyarakat Melayu di negeri Kelantan. Komposisi ahli kumpulan terdiri daripada pemuzik, awak-awak, juara dan tukang karut. |
mock epic | epik olokan | Kesusasteraan | Tiada | Naratif panjang tentang sesuatu tajuk yang ringan dan remeh tetapi disampaikan dengan gaya epik mengikuti konvensi tersebut. Tujuannya untuk mempersendakan atau menyindir sesuatu subjek dengan gaya penyampaian yang terhormat. Dalam epik olokan, sering terdapat dialog yang membicarakan hal dan perkara yang remeh-temah dengan serius. Biasanya, karya dalam epik olokan hampir menyamai bentuk epik wira yang menimbulkan kesan lucu dan absurd. Contohnya karya Pope berjudul The Rape of the Lock, merupakan contoh yang baik bagi menggambarkan situasi ini. Karya seperti ini membangkitkan persengketaan keluarga yang sengit yang dicetuskan oleh suatu peristiwa remeh, iaitu kisah pemotongan segumpal rambut seorang gadis yang bernama Arabella Fermor. Bentuk yang hampir sama ditemui dalam wiraan olakan. Lihat juga burlesque, satira. |
dondang sayang | dondang sayang | Muzik | Tiada | Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih. |