Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nying.gung] | مڽيڠݢوڠ

Definisi : 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut­-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan or­ang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nying.gung] | مڽيڠݢوڠ

Definisi : 1 menghentak atau memukul dgn siku; menyiku. 2 mengenai sedikit (dgn bahagian tubuh); menyentuh: Jangan ~ pinggan mangkuk itu. 3 menyebut sesuatu perkara dlm ucapan atau dlm karangan; membicarakan sedikit: Dia tidak berani ~ perkara itu dlm ucapannya. 4 menyakiti hati atau perasaan orang lain: Ucapannya dianggap ~ kedudukan raja-raja Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgung
Kata Terbitan : bersinggungan, menyinggung, tersinggung,

Peribahasa

Berkata siang melihat-lihat,
     berkata malam mendengar-dengar.

Bermaksud :

Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
white liesbohong elokUmumTiadaBohong tentang perkara-perkara kecil yang terpaksa dilakukan, biasanya dilakukan supaya tidak menyinggung perasaan seseorang, untuk mengelakkan sesuatu masalah dan sebagainya.
dysphemismdesfemismeKesusasteraanPuisiGaya pengucapan sesuatu pemikiran dalam nada yang kasar. Walau bagaimanapun ungkapan yang digunakan itu tidaklah sampai menyinggung perasaan pembaca atau khalayak pendengar. Contohnya, puisi "Celana Dal am" dalam antologi Kemala 152 karya Ismail Muhammad. Sinonim ungkapan kasar.
handicapcacatUmumTiadaPenyakit, kecederaan atau keadaan kekal yang menyukarkan seseorang untuk melakukan beberapa perkara yang dilakukan oleh orang biasa. Perkataan ini kini dianggap menyinggung dan lebih sesuai digantikan dengan perkataan kekurangupayaan.
kiasankiasanKesusasteraanTiadaUngkapan yang digunakan untuk mengatai dan mengejek seseorang tidak dengan berterus terang. Kiasan juga digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara secara bandingan, sama ada dengan menyebut bandingannya atau sebaliknya. Kiasan mempunyai perkataan sebanding dengan kinayah dalam bahasa Arab, dan kinayah merupakan salah satu aspek ilmu al-bayan (retorika). Namun, kisah berbeza dengan kinayah kerana kiasan mampu menjelaskan lagi maksud sesuatu perkara atau dapat memberikan makna dan kesan yang khusus kepada pengucapnya, sedangkan kinayah digunakan untuk tujuan bombastik atau penekanan untuk menggambarkan sifat mulia dan keberanian seseorang. Kiasan mempunyai persamaan dengan eufemisme dari sudut gambaran sifat sensitiviti, kesopanan dan rasa malu penuturnya untuk mengelakkannya daripada menyinggung perasaan orang lain.

Kembali ke atas