nourish | menyuburkan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Memberi makanan yang berkhasiat supaya lekas besar dan sihat. |
fertilize | mensenyawakan; menyuburkan | Pertanian | Tiada | Tiada |
fertilize | mensenyawakan; menyuburkan; membaja | Pertanian | Tiada | Tiada |
nervine | nervin | Herba | Tiada | Herba yang menenangkan dan menyuburkan sistem saraf. Contoh herba ini ialah pegaga, serai dan lavender. |
ameliorant | bahan pemulih | Landskap | Tiada | Bahan yang digunakan untuk menyuburkan tanah. Contohnya, bahan kompos dan pasir. |
learning environment | sekitaran belajar | Pendidikan | Tiada | Keadaan sekeliling yang boleh menyuburkan atau menggalakkan pembelajaran. |
green manure | baja hijau | Pertanian | Agroteknologi | Baja yang dihasilkan daripada tanaman segar yang ditanam khas untuk menyuburkan tanah. Kebanyakan tanaman ini terdiri daripada tumbuhan famili Leguminoseae atau kekacang yang berupaya mengikat nitrogen dari udara, dan biasanya ditanam selepas musim tanaman utama seperti jagung atau padi. Daun tanaman ini tinggi kandungan nitrogennya dan mampu meningkatkan kandungan nitrogen. Tanaman ini akan dipotong dan digaul supaya bercampur dengan tanah dan dibiarkan selama satu bulan atau lebih sebelum penanaman tanaman utama dilakukan. |
fertilizer | baja | Geografi | Tiada | Bahan sama ada daripada bahan kimia atau tidak yang dibubuh pada tanah untuk menyuburkan tanah dan memperbaiki kualiti dan kuantiti tanaman. |
generative content | kandungan generatif | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks sastera yang mengandungi isi penting yang dapat menjana perkembangan cerita atau dapat diperkembangkan dengan tujuan menyuburkan cerita tersebut. Kandungan generatif mungkin merupakan idea utama, motif yang berulang-ulang dalam naratif (leit-motif), atau imej yang mengawal keseluruhan tema. Dalam roman Melayu, tema percintaan merupakan isi generatif. Motif buangan merupakan leit-motif yang utama. Dalam teori morfologi Propp (1968), unsur plot yang disebut fungsi merupakan isi generatif dalam cerita pari-pari kerana unsur ini menjana perkembangan cerita seterusnya. Contohnya, fungsi penganiayaan atau kekurangan merupakan fungsi yang terawal dalam skema plot yang menjana perkembangan cerita sehingga ke akhirnya. Lihat juga fungsi. |
planting pattern | corak menanam | Pertanian | Agronomi | Pelbagai teknik atau cara penanaman yang dilakukan mengikut sistem tanaman, keperluan musim atau cuaca. Corak menanam dilakukan untuk mengurangkan populasi serangga perosak serta menyuburkan tanah. Contohnya, penanaman sayur berdaun disusuli dengan sayur kekacang. |