bibliolater | pemuja buku | Perpustakaan | Tiada | Orang yang terlalu menyukai atau memuja buku. |
risk neutral investor | pelabur berkecuali risiko | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pelabur yang tidak menunjukkan sebarang kecenderungan untuk membenci atau menyukai risiko dan membuat keputusan pelaburan berdasarkan pulangan terjangka tanpa mengira risiko. |
conversion | peralihan | Komunikasi | Korporat | Kesan akhir yang ditunjukkan melalui pelakuan dan kebiasaan khalayak, hasil pendedahan berterusan terhadap sesuatu kempen khidmat awam atau iklan. Pendekatan yang khusus akan digunakan supaya khalayak mengubah tingkah laku dan kebiasaan yang diamalkan kepada sesuatu yang baru. Peralihan boleh bersifat menyukai atau menyokong sesuatu kepada tidak menyukai atau menyokong sesuatu keadaan atau sebaliknya. Dalam pengiklanan, strategi kempen bagi mendapatkan kesan peralihan merupakan sesuatu yang sukar untuk dijayakan. Hal ini kerana mesej sesuatu barangan yang hendak disampaikan bukan sahaja perlu meyakinkan khalayak tetapi perlu dibuktikan kemanfaatannya berbanding penggunaan barangan biasa. Dalam kempen khidmat awam pula, strategi kempen yang kreatif dan inovatif perlu digunakan supaya tingkah laku dan kebiasaan khalayak yang biasa diamalkan boleh berubah. Strategi pembentukan mesej yang menggunakan pendekatan ugutan dan perakuan kerap digunakan sekiranya pendekatan lain gagal. Contohnya, kempen berhenti merokok |
reaction formation | pembentukan reaksi | Psikologi | Psikologi Umum | Sejenis mekanisme bela diri dengan melakukan tindakan yang berlawanan dengan perasaan yang wujud dalam diri. Contohnya, seorang ibu yang tidak menyukai anak tirinya akan membina tingkah laku seperti amat menyayangi dan melindungi anaknya. Tingkah laku yang terbentuk itu dikatakan akan menyekat impuls atau perasaan benci yang mungkin tidak disukai oleh masyarakat. |
fairness bias | bias kesaksamaan | Psikologi | Psikologi Umum | Bias yang timbul daripada keinginan individu untuk mengelakkan kerugian. Individu boleh menjadi tidak rasional apabila berdepan dengan masalah pemilihan yang berkaitan dengan ekonomi. Walaupun kebanyakan individu menyukai kemenangan tetapi dalam keadaan tertentu individu tersebut boleh bekerjasama dengan orang lain supaya sama-sama mendapat manfaat walaupun terpaksa berkongsi. Dalam keadaan ini, biasanya bias akan terjadi. Tingkah laku ini sama seperti peribahasa biar tiris jangan tumpah. |
borrowed interest | daya tarikan tumpang | Komunikasi | Korporat | Kaedah menggunakan daya tarikan pada sesuatu subjek lain sebagai tumpangan bagi menyediakan strategi kreatif pengiklanan. Strategi tersebut digunakan untuk menguasai perhatian khalayak dan menghasilkan rasa seronok atau menyukai sesuatu subjek setelah terdedah kepada pengiklanan berkenaan. Contoh subjek yang mempunyai daya tarikan semula jadi ialah kanak-kanak,binatang kesayangan, wanita panorama, dan makanan. Penggunaan subjek ini boleh menimbulkan rasa sayang, simpati, dan empati. Subjek ini boleh menjadi lambang yang membawa nilai yang sesuai dengan barangan yang diiklankan dan falsafah syarikat. Prinsip yang sama diguna pakai apabila menggunakan daya tarikan yang terdapat pada individu yang terkenal dan popular. |
radical politician | ahli politik radikal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Ahli politik yang berfikiran dan bertindak secara radikal dengan menggunakan kaedah yang lebih keras. Mereka juga mempunyai matlamat yang radikal seperti menuntut kemerdekaan wilayah tertentu, mendesak pemerintah meletak jawatan dan menganjurkan pemberontakan. Pemimpin radikal ini tidak menyukai proses politik secara kerjasama, kompromi, tawar-menawar atau yang mengikut perlembagaan. la cenderung kepada gerakan bawah tanah yang bersifat subversif. Contohnya, pemimpin Gerakan Pemisahan IRA di Northern Ireland di Great Britain seperti Gary Adam yang merupakan ahli politik radikal. |
structural functionalism | fungsionalisme struktur | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang melihat masyarakat seumpama struktur organisma biologi yang memiliki pelbagai bahagian yang saling bergantung antara satu sama lain. Fahaman ini melihat masyarakat sebagai suatu sistem yang teratur dan stabil. Ia cenderung kepada pemeliharaan keseimbangan dan tidak menyukai perubahan secara besar-besaran. Sinonim faham kefungsistrukturan. |
pathetic fallacy | kekeliruan rasa hiba | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang menentang penggunaan kaedah personifikasi dalam sastera. Menurut konsep ini, perasaan dan aksi manusia dikaitkan dengan objek alam semula jadi. Istilah ini digunakan untuk membicarakan secara umum, sentimentaliti yang diakibatkan oleh pembicaraan keterlaluan mengenai alam semula jadi dalam karya kreatif. Dalam konteks penggunaan kaedah ini, emosi manusia (daripada perkataan Yunani pathos yang bermaksud perasaan) diberikan kepada alam semula jadi dan kepada benda yang tidak bernyawa. Penyajak kerap menggunakan kaedah ini dalam sajak mereka. John Ruskin, seorang penulis bahasa Inggeris pada abad ke-19, mencetuskan idea ini dalam bukunya bertajuk Modern Painters. Beliau berpendapat, kaedah ini dapat menghasilkan emosionalisme palsu dalam kalangan manusia terhadap keadaan sekelilingnya. Contohnya, Ruskin tidak menyukai cara Coleridge, seorang penyajak berbangsa Inggeris yang membicarakan tentang dedaun yang menari. Bagi Ruskin, konsep ini salah kerana pada hakikatnya daun tidak boleh menari. |