touring bike | basikal jelajah | Sukan | Tiada | Basikal yang dikhususkan untuk berjalan ke merata-rata tempat dan mampu membawa barangan yang berat. |
patch planting | tanam tompok | Landskap | Tiada | Penanaman yang tidak sekata, tidak lengkap atau merata-rata. |
patch planting | tanam tompok | Landskap | Tiada | Penanaman yang tidak sekata, tidak lengkap atau merata-rata. |
weed | rumpai | Veterinar | Tiada | Rumput-rampai dan tumbuhan renek serta berdaun lebar yang tumbuh secara bebas di merata-rata tempat seperti di kebun, ladang tanaman utama, tepi-tepi jalan atau di ban tali air. Sebahagian besar tumbuhan ini digemari oleh ternakan ruminan. Terdapat juga beberapa spesies rumpai berdaun lebar yang digemari oleh ternakan seperti rumput Israel (Asystasia intrusa) dan akar ulan (Mikania cordata). Manakala, jenis rumpai yang kurang digemari pula selalunya mempunyai ciri-ciri tumbuhan yang berduri seperti semalu (Mimosa pudica) dan terung liar (Solanum spp), berdaun kasar seperti mempelas (Tetracera indica) dan senduduk (Melastoma malabathricum), daun berbulu seperti akar kala (Clidemia hirta) dan letup-letup (Passiflora foetida) ataupun jenis yang berbau seperti pokok bunga tahi ayam (Lantana camara) dan maman pasir (Cleome cilita). |
agit-prop | agit-prop | Kesenian | Drama dan Teater | Drama propaganda politik yang tidak menekankan nilai artistik dan boleh dipersembahkan di merata-rata tempat. Drama teater jenis ini diperkenalkan di Rusia selepas penubuhan Department of Agitation and Propagandapada tahun 1920. |
throw blanket | selimut serak | Kesenian | Tiada | Selimut daripada kain yang boleh digunakan untuk memanaskan badan atau dijadikan hiasan dan diletakkan di merata-rata tempat. |
scatter cushion | kusyen serak | Kesenian | Tiada | Kusyen daripada pelbagai jenis tekstil, direka dalam pelbagai bentuk, saiz dan elemen hiasan dan diletakkan di merata-rata tempat. |
throw pillow | bantal serak | Kesenian | Tiada | Bantal daripada pelbagai jenis tekstil, direka dalam pelbagai bentuk, saiz dan elemen hiasan dan diletakkan di merata-rata tempat. |
misdemeanour | kesalahan ringan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan yang dianggap salah atau tidak boleh diterima dalam masyarakat tetapi tidak tergolong sebagai kesalahan serius. Contohnya, perbuatan membuang sampah di merata-rata tempat atau meludah di tempat awam. |
dicoumarol poisoning | keracunan dikumarol | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan berlebihan dikumarol (bishidroksikumarin), iaitu ubat yang digunakan sebagai antikoagulan dan rodentisid. Kematian mungkin teljadi selepas pengambilan dos harian berulang sebanyak 100 mg. Tanda utama keracunan ialah perdarahan. Keracunan akut menyebabkan hemoptisis, hematuria, tinja berdarah, perdarahan dalam organ, lebam di merata-rata badan, dan perdarahan ke dalam ruang-ruang sendi. |