downtime | masa rosak | Teknologi Maklumat | Tiada | Tempoh masa komputer atau rangkaian dalam keadaan tidak berfungsi. Contohnya mesin juruwang automatik (ATM) yang tidak boleh berfungsi disebabkan oleh kerosakan rangkaian. Banding masa hidup. |
ATM (automated teller machine) | ATM (mesin juruwang automatik) | Teknologi Maklumat | Tiada | Mesin yang membolehkan urus niaga bank dilaksanakan melalui kod laluan dan arahan khas yang dimasukkan. |
data base transaction | transaksi pangkalan data | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses interaksi atau aktiviti yang dibuat dengan sistem pengurusan pangkalan data atau sistem seumpamanya. Transaksi ini adalah yang koheren dan boleh dipercayai serta bebas daripada transaksi lain. Contohnya maklumat pengeluaran wang pada mesin juruwang automatik akan direkodkan dalam sistem pengurusan pangkalan data MEPS. |
default password | kata laluan lalai | Teknologi Maklumat | Perisian | Kata laluan yang pertama kali diberikan kepada individu apabila mereka menjadi pengguna sesuatu sistem. Pengguna biasanya akan menukar kata laluan ini sebaik sahaja dapat mencapai sistem. Hal ini kerana kata laluan lalai boleh diketahui oleh mana-mana pengguna lain yang menggunakan sistem tersebut. Contohnya, pengguna mesin juruwang automatik (ATM) akan diberikan kata laluan lalai pada pertama kali menggunakan kad ATM. Pihak bank biasanya akan menasihatkan pengguna agar menukar kata laluan lalai dengan kata laluan baharu. |
leased line | litar sua/talian pajak | Teknologi Maklumat | Tiada | Saluran komunikasi yang disewa daripada pembekal perkhidmatan Internet (ISP) khusus untuk kegunaan penyewa sahaja. Litar ini disambung di antara dua lokasi penyewa secara kekal (sepanjang masa). Talian ini boleh digunakan untuk perkhidmatan suara, data atau Internet. Kelebihan litar ini adalah terdedikasi dan kadar sewaan bulanan/tahunan yang tetap. Contohnya sistem litar mesin juruwang automatik (ATM). |