Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ta.bo.lit] | ميتابوليت

Definisi : (métabolit) (Bio) bahan yg terhasil drpd proses metabolisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ta.bo.lit] | ميتابوليت

Definisi : /métabolit/ ist bahan yg terhasil drpd proses metabolisme. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metabolit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
detoxicationpenyahtoksikanKimiaTiadaTindak balas enzim dalam sesuatu ogranisma yang menukarkan bahan-bahan asing secara kimia atau secara konjugat kepada metabolit-metabolit yang kurang toksik dan mudah dikumuhkan.
detoxification, detoxicationpendetoksikanKimiaBiokimiaTindak balas enzim dalam sesuatu organisma yang menukarkan bahan-bahan asing secara kimia atau secara konjugat kepada bentuk metabolit-metabolit yang kurang toksik dan mudah dikumuhkan.
metabolite profillingpemprofilan metabolitHerbaFitokimiaProses mengenal pasti metabolit dengan variasi kandungan yang signifikan secara statistik, yang terdapat dalam satu set sampel. Pemprofilan metabolit melibatkan langkah pemisahan dan penentuan kuantitatif serta pengenalpastian, dengan menggunakan kaedah GC-MS, LC-MS dan LC-NMR. Maklumat pemprofilan metabolit bersama-sama data genetik, transkriptomik dan proteomik dapat memberikan keterangan yang terperinci mengenai saling tindakan antara metabolit, protein, transkrip dan gen dalam kesihatan atau penyakit secara berterusan. Sinonim pemprofilan metabolik.
metabolomemetabolomHerbaFitokimiaHimpunan kesemua metabolit yang terdapat dalam sistem biologi organisma yang terhasil daripada ekspresi gen. Metabolom merupakan metabolit molekul kecil seperti perantara metabolit, hormon dan molekul isyarat serta metabolit sekunder, yang ditemui dalam sesuatu sampel biologi seperti organisma tunggal. Metabolom bersifat dinamik, iaitu berubah dari semasa ke semasa.
metabolitemetabolitFarmasiFarmakologiBahan perantaraan dan produk akhir yang terhasil daripada tindak balas metabolik termasuk bahan kimia yang terbentuk daripada biotransformasi sesuatu drug. Metabolit yang terhasil boleh bersifat aktif atau tidak aktif. Biasanya, hanya metabolit aktif yang terhasil daripada metabolisme sesuatu drug akan menghasilkan kesan farmakologi.
secondary metabolitemetabolit sekunderBioteknologiTiadaMetabolit berkomposisi kimia atau berstruktur kompleks yang bukan merupakan medium yang diperlukan untuk metabolisme utama (primer), tetapi terbentuk sebagai hasil sampingan. Sebatian ini berperanan sebagai pelindung, misalnya lemak dan minyak atau sebatian toksik, seperti toksin, dalam mekanisme pertahanan. Bagi kebanyakan mikroorganisma, sebatian ini dikaitkan dengan proses memperlahan atau menghentikan pertumbuhan aktif dan penggandaan sel.
metabolomicsmetabolomikHerbaFitokimiaKajian sistematik mengenai cap jari kimia yang unik, yang ditinggalkan oleh proses sel tertentu, khususnya kajian berhubung dengan profil metabolit molekul kecil. Maklumat metabolomik memberikan gambaran yang lebih sempurna mengenai sesuatu organisma. Kajian metabolomik boleh dibahagikan kepada dua, iaitu pencapjarian metabolit dan pemprofilan metabolit.
secondary metabolitemetabolit sekunderHerbaFitokimiaHasil proses metabolisme sekunder yang berupa sebatian organik yang ringkas dan khusus bagi tumbuhan atau hidupan tertentu. Metabolit sekunder boleh dibahagikan kepada beberapa kelas sebatian mengikut pola struktur tertentu seperti steroid, terpenoid, flavonoid, alkaloid dan kuinonoid.
drug metabolismmetabolisme drugFarmasiFarmakologiProses pemecahan dan penukaran drug kepada bahan kimia aktif atau tidak aktif yang berlaku di dalam badan. Metabolisme drug berlalru terutamanya di dalam hepar. Walau bagaimanapun, proses inijuga berlaku di dalam organ lainseperti ginjal, oparu-paru, kulit, plasenta dan kelenjar adrenal. Organ-organ tersebut mengandungi enzim-enzim daripada kumpulan sitokrom P450 yang bertanggungjawab menukarkan secara kimia sesuatu komponen drug kepada bahan yang dipanggil metabolit. Metabolit seterusnya akan bergabung dengan bahan lain untuk dikumuh melalui paruparu, cecair badan seperti air liur, susu badan dan urin, atau melalui penyerapan semula oleh usus. Kadar metabolisme berbeza antara individu kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti genetik, alam sekitar, pemakanan dan umur.
primary metabolitemetabolit primerHerbaFitokimiaHasil metabolisme primer, seperti asid amino, gula ringkas dan protein. Bahan ini amat penting bagi proses metabolisme sekunder. Lihat juga metabolisme sekunder, metabolit sekunder.
12345678

Kembali ke atas