Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mong] | موڠ

Definisi : 1. bunyi canang (gong); 2. gong; mung-mung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mongmongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Mong terdapat di Thailand dan di Malaysia. Mong terdiri daripada (i) sebiji gong berbusut yang tergantung, bersaiz besar dan dipukul dengan kayu pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan piphat di Thailand, (ii) sebiji gong berbusut yang bersaiz sederhana. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia dan di kawasan selatan Thailand, (iii) sepasang gong berbusut yang bersaiz kecil. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam kotak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan wayang gedek di utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand.

mongmongKesenianTiadaCanang.
pi phatpi phatMuzikTiada

 Ensembel muzik klasik Thailand yang terdiri daripada kong wong yai dan kong wong lek (gong chime bulatan), ranat ek dan ranat ek lek (zailofon), ching (simbal), mong (gong) dan pi (shawm) serta taphone dan klong that (dram). Ensembel pi phat mengiringi teater dan tarian klasik Thailand dan nang yai. Lihat juga mahori.

menoramenoraMuzikTiada

 Teater rakyat yang berasal dari selatan Thailand. Menora mengutamakan tarian, lakonan, improvisasi, nyanyian serta muzik instrumental dan dimainkan dalam upacara ritual di kuil Thai di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Di Pulau Pinang dan Kedah, menora diiringi ensembel yang terdiri daripada alat muzik klong (geduk), tab (gedumbak), mong (gong kecil), ching (simbal kecil), pi (alat aerofon berpelidah), krek (sepasang kayu) dan saw u (alat dua tali). Sementara di Ke­lantan, menora diiringi ensembel yang terdiri daripada alat muzik makyung. Menora merujuk kepada watak utama, iaitu burung kinnari betina dalam cerita Jataka. Sinonim lakon jatri, manohra, manora, nora chatri.

gong chimegong chimeMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idio­fon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Gong chime terdiri daripada beberapa buah gong kecil ber­busut yang ditiunkan dalam skel pentatonik atau skel tertentu. Set gong kecil ini diletakkan secara mendatar di dalam rak kayu dan dipukul pada bahagian busut dengan menggunakan sepasang pemukul kayu. Lihat juga caklempong, canang, engkerumong, kulintangan, mong.

menoramenoraKesusasteraanTiadaPersembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod � Pahlawan Kedah, Lakanawong �Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk � isteri curang, Sinrad � tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid � putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong � cerita cinta, Chaukrey � cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk � cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru � Wai kru. Antara lai
mahorimahoriMuzikTiada

 Ensembel muzik Thai yang mengutamakan alat tali yang digesek seperti saw sam sai, saw duang dan saw u. Oleh yang demikian, bunyi ensembel tersebut lebih lembut daripada bunyi ensembel pi phat. Alat muzik lain dalam ensembel tersebut termasuklah khlui (flut buluh), ranat ek (zailofon bernada rendah) dan ranat ek lek (zailofon bernada tinggi), kong wong lek (gong chime bernada tinggi) dan kong wong yai (gong chime bernada rendah), ching dan cap (simbal), mong (gong) serta thon (dram berbentuk goblet) dan rammana (dram berbingkai). Ensembel mahori mengiringi lagu nyanyian, teater dan tarian klasik Thai.

wayang gedekwayang gedekMuzikTiada

Teater wayang kulit di Perlis, Kedah dan Kelantan yang berasal daripada teater nang talung di selatan Thailand. Teater ini menggunakan patung kecil yang dibawa khas dari Thai­land. Bahasa Thai dan bahasa Melayu digunakan bagi cerita yang bertemakan penduduk tempatan dan epik Ramayana. Wayang gedek diiringi ensembel Thai yang terdiri daripada pi (shawm), klong that (geduk), thon (gedumbak), klong khaek (gendang), ching (kesi), mong (gong) serta saw u dan saw duang (alat muzik bertali).

wayang kulit Melayuwayang kulit MelayuMuzikTiada

Teater wayang kulit klasik yang dinaungi oleh golongan istana di Patani, Kelantan dan Kedah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Wayang kulit Melayu dipengaruhi wayang kulit purwa Indonesia. Ceritanya berasaskan epik Mahabharata dan corak patungnya mengikut gaya Jawa. Teater klasik ini diiringi en­sembel yang menggabungkan alat muzik Melayu dan Jawa seperti rebab, tetawak, mong, enam pasang atau lebih canang, kesi dan gendang. Sinonim wayang Jawa.


Kembali ke atas