Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.la.mu.la] | مولا٢

Definisi : 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali mening-galkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.la.mu.la] | مولا٢

Definisi : dahulu sekali; pd awalnya: ~ ia berasa takut tetapi lama-kelamaan ia berani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kera menegurkan tahinya.

Bermaksud :

Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu.

 

Lihat selanjutnya...(8)

454

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Berminyak biar licin

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berminyak biar licin. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Sumatra diseasepenyakit SumatraBiologiPatologiPenyakit pada pokok cengkeh (Syzygium aromaticum) yang disebabkan oleh bakteria, yang dikenal pasti buat sementara waktu sebagai Pseudomonas syzygi. Penyakit ini mula-mula sekali ditemui di Sumatra. Gejalanya beragam, tetapi yang utama ialah layu, dan mati yang mula-mula nampak dari bahagian atas pohon dan berkembang ke bawah hingga ke seluruh pohon. Perkembangan penyakit dari pohon ke pohon berlaku dengan cepat dalam kawasan yang luas kerana ia ditularkan oleh serangga.
protothallusprototalusBiologiMikologiLapisan yang mula-mula dibentuk oleh talus liken. hipotalus.
phaseollinfaseolinBiologiPatologiFitoaleksin yang mula-mula diperoleh daripada kacang buncis (Phaseolus vulgaris.
echovirusekovirusPerubatanTiadaVirus RNA yang mula-mula diasingkan daripada manusia, yang dikaitkan dengan beberapa penyakit manusia seperti meningitis aseptik.
germ-tubetiub kecambahBiologiPatologiHifa yang mula-mula muncul daripada spora atau konidium yang sedang bercambah.
straight run gasolinegasolin awalKejuruteraanTiadaGasolin yang mula-mula keluar daripada menara penyulingan.
primary leafdaun primerPertanianAgronomi

Daun yang mula-mula keluar atau terbit daripada plumul biji benih setelah bercambah.

cadang-cadangcadang-cadangBiologiPatologiPenyakit kelapa yang mula-mula diketahui di Filipina yang disebabkan oleh viroid. Gejala utama pada pokok dewasa berupa bintik kuning perang pada daun, diikuti dengan luruh dan pokok yang terserang akhirnya mati.
Fiji diseasepenyakit FijiBiologiPatologiPenyakit tebu yang mula-mula diketahui di Fiji yang disebabkan oleh virus. Pada pokok yang terserang, daunnya pendek, kaku, tegak, dan berwarna hijau tua. Ruasnya pecah-pecah dan terdapat banyak akar pada ruas tersebut.
baccaratbakaratKesenianHiasan DalamanBarangan kaca kristal yang mula-mula dibuat di timur Perancis pada sekitar abad ke-18. Pada mulanya, barangan kaca ini hanya terdiri daripada kaca tingkap, cermin muka dan peralatan mengukus. Namun, kemudian pengeluarannya berkembang kepada barangan ketuhar, lampu hiasan gantung, dan botol minyak wangi. Kecantikannya yang luar biasa menjadikan barangan ini diminati ramai.
12345678910...

Kembali ke atas