Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mulai dari


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
upstrokegoresan ke atasPentadbiran PerniagaanTiadaGoresan ke atas: Goresan trengkas yang ditulis mulai dari bawah ke atas.
down strokegoresan ke bawahPentadbiran PerniagaanTiadaGoresan ke bawah: Goresan trengkas yang ditulis mulai dari atas ke bawah.
pregnancykehamilanBiologiHistologi dan SitologiKeadaan wanita atau haiwan betina dari tempoh mulai lekat tian hingga melahirkan anak atau kandungannya. Contohnya, manusia mengambil masa lebih kurang 280 hari/40 minggu, dan kambing lima bulan.
pick-uppungutanKejuruteraanPetroleum1) Titik pada lengkung log yang direkod dari telaga tempat lengkung berkenaan mulai berubah akibat daripada perubahan keadaan lingkungan lubang telaga yang berkenaan. 2) Kedalaman lubang telaga tempat perkakas pengelogan yang digunakan di dalam operasi tinjauan mulai terangkat dari dasar lubang telaga. Kedalaman ini biasanya ditunjukkan oleh pergerakan lengkung dan peningkatan tegangan kabel yang digunakan sebagaimana yang ditunjukkan oleh penunjuk berat.
dew point temperaturesuhu takat embunKejuruteraanPetroleumSuhu bagi cecair untuk mula memeluwap keluar dari sistem gas yang berada pada tekanan tertentu. Merupakan suhu terdapatnya titis cecair pertama mulai keluar daripada sistem yang seratus peratus terdiri daripada fasa gas yang berada pada tekanan tertentu. Lebih banyak titis cecair akan terbentuk jika suhu sistem diturunkan lebih rendah daripada takat ini pada tekanan tertentu yang tetap.
dew point pressuretekanan takat embunKejuruteraanPetroleumTekanan yang terdapatnya cecair mula memeluwap keluar daripada sistem gas atau tekanan. Titis cecair pertama mulai keluar daripada sistem yang seratus peratus terdiri dari fasa gas, jika sistem tersebut berada pada suhu tertentu. Lebih banyak titis cecair akan terbentuk jika tekanan sistem dinaikkan lebih besar daripada takat ini tetapi suhunya dipertahankan tetap.
Hadley cellsel HadleySainsHidrometeorologiPeredaran simetri berzon yang terhasil secara langsung oleh haba dan pertama kali dicadangkan oleh George Hadley (1735) untuk menjelaskan kejadian angin pasat. Sel ini terdiri daripada angin yang bergerak ke khatulistiwa dari garis lintang kira-kira 30o di kedua-dua hemisfera. Angin ini mulai naik berdekatan khatulistiwa dan bergerak ke arah kutub dan akhirnya turun di sekitar garis lintang 30o.
bank storagesimpanan tebingHidrogeologiTiadaPerubahan simpanan dalam suatu akuifer akibat perubahan paras air permukaan yang berdampingan (USGS). Keadaan ini menghuraikan isi padu air tanah yang tersimpan sementara dalam suatu akuifer kerana ketinggian paras airnya melebihi ketinggian purata paras air permukaan yang berdampingan. Di dalamnya termasuk air tanah yang gagal masuk ke air permukaan kerana paras air permukaan melebihi paras air tanah serta air yang meresap ke bumi dari sungai semasa paras air tinggi. Bila paras sungai turun, air yang tersimpan sementara ini mulai mengalir ke sungai. (Dimensi: L3) Ruj.: Tolman 1937

Kembali ke atas