capillary rise | bubungan rerambut | Hidrologi | Tiada | (1) Naiknya cecair dalam suatu tiub rerambut yang terbenam di dalam cecair, diukur dari paras permukaan cecair yang di luar. (CID) (2) Naiknya air atas dari permukaan freatik melalui tindakan kererambutan. (CID) |
beat | rentak | Kesusasteraan | Puisi | Turun naiknya bunyi atau irama yang berterusan dalam sesebuah puisi. Aspek ini dengan mudah dikesan apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. |
precipitation; orographic | kerpasan orografik | Hidrologi | Tiada | Kerpasan yang disebabkan oleh naiknya udara melampaui halangan orografik. |
rhythmics | kaji irama | Kesusasteraan | Tiada | Cabang ilmu pengetahuan yang mengkaji turun naiknya bunyi atau lagu secara teratur. |
thaw | pencairan | Hidrologi | Tiada | Peleburanb salji dan ais di permukaan bumi berikutan naiknya suhu melebihi 0?C. (WMO) |
homeotherm | homeoterma | Biologi | Ekologi | Kecenderungan untuk mengekalkan suhu tubuh supaya malar dalam menghadapi turun naiknya suhu sekitaran. |
eddy viscosity | kelikatan pusar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kelikatan aliran gelora tak isotropi yang berpunca daripada turun naiknya nilai halaju dan geometri sistem pengaliran. Kelikatan ini setara dengan kelikatan dinamik bagi aliran lamina. Kelikatan ini dihubungkan dengan tegasan ricih dan kadar tegasan melalui dengan tt = tegasan ricih gelora (Pa), ux = halaju purata dalam arah paksi x (m/s), gc = 1 kgm/Ns2, Ev = kelikatan pusar (poise), dux/dy = kadar tegasan (1/s) |
plummet | batu ladung | Kejuruteraan | Tiada | Palam logam yang terlekat secara longgar pada tiub rotameter tirus, yang turun dan naik dengan turun dan naiknya kadar aliran naik bendalir melalui tiub itu. Sinonim: apungan. |
thermograph | termograf | Sains | Hidrometeorologi | Termometer yang digunakan untuk merakamkan secara grafik perubahan suhu mengikut waktu. Unsur termometri umumnya berupa jalur dwilogam atau tabung Bourdon yang berisi cecair. Dalam kes pertama, unsur dwilogam berbentuk gulungan pilin dengan salah satu hujungnya terpasang kuat pada alat dan hujung lainnya pada pena perakam. Dalam kes kedua, tabung dibuat dengan keratan rentasnya berbentuk elips supaya pengembangan cecair yang disebabkan oleh naiknya suhu akan menyebabkan jejari kelengkungan tabung bertambah sehingga menggerakan pena yang terpasang pada hujung tabung itu. |