advisory opinion | pendapat nasihat | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Salah satu bidang kuasa Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menangani hal-hal yang berkaitan penyediaan jawapan bagi persoalan undang-undang antarabangsa yang diperlukan oleh organ utama PBB, terutamanya Perhimpunan Agung PBB. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa diminta untuk memberikan pendapat nasihat atau pandangan perundangan berkenaan persoalan tersebut. Pendapat nasihat tersebut tidak mengikat mana-mana negara atau pertubuhan, tetapi ia boleh membentuk undang-undang adat antarabangsa pada masa hadapan. Contoh kes yang melibatkan pendapat nasihat ialah kes Difference Relating to Immunity from Legal Process of a Special Rapporteur of the Commission on Human Rights yang diputuskan pada tahun 1999 berkenaan tindakan mahkamah Malaysia mendengar kes saman yang membabitkan seorang agen PBB. |
advisory services centre on investment | pusat khidmat nasihat pelaburan | Ekonomi | Tiada | Suatu tempat atau agensi yang berperanan memberi nasihat dan panduan dalam berbagai aspek pelaburan dengan tujuan untuk menyenangkan pelabur-pelabur melabur. |
perbilangan | perbilangan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi tradisional seperti peribahasa yang melahirkan kata-kata yang boleh diterima sebagai peraturan undang-undang atau nasihat yang boleh dijadikan panduan. Perbilangan biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih banyak perenggan. Setiap barisnya menurunkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan nasihat dan pengajaran. Perbilangan biasanya menjadi bahagian penting dalam kata-kata adat dan diterima sebagai undang-undang. Baris-baris perbilangan sering dimasukkan dalam undang-undang adat perpatih. Contohnya adalah seperti yang berikut: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Perbilangan dikenali juga sebagai bidalan atau pepatah. Lihat juga teromba. |
fee income | pendapatan yuran | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pendapatan yang dihasilkan daripada perkhidmatan berasaskan upah. Pendapatan ini berfungsi untuk meningkatkan perolehan institusi kewangan Islam selain sumber keuntungan. Contoh perkhidmatan berkenaan ialah khidmat nasihat dan pembiayaan korporat, khidmat nasihat pelaburan serta perkhidmatan pengantara perbankan seperti menguruskan pinjaman bersindiket dan menyediakan khidmat penerimaan dan jaminan. |
advice | nasihat | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
advice | nasihat | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
management advice | nasihat pengurusan | Veterinar | Tiada | Tiada |
advisory opinion | pendapat nasihat | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
advisory service | khidmat nasihat | Veterinar | Tiada | Tiada |
advisory service | khidmat nasihat | Pertanian | Tiada | Tiada |