Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
IsoniazidIsoniazid (NH)AIDSTiadaAntibiotik yang boleh digunakan sebagai rawatan kombinasi dengan antibiotik lain bagi pesakit jangkitan tibi, iaitu sejenis jangkitan oportunistik pesakit HIV/AIDS.
carbamidokarbamidoKimiaTiadaGugus H2N-CO-NH, yang dikenal juga sebagai ureido.
imidoimidoFizikNanoteknologiKumpulan molekul kimia -NH yang dapat menyerap sinaran inframerah pada frekuensi tertentu dan dicerap menggunakan spektrometer FTIR. Contohnya, ester imido, imidometafosfat dan imidoalana.
guanidineguanidinaBioteknologiTiadaAgen antivirus, (H2N)2C═NH. Garam guanidina, misalnya guanidina hidroklorida (H2N)2C═NH2+Cl-, dapat merencatkan beberapa jenis pikornavirus, termasuk poliovirus, secara memilih dalam sistem kultur tisu. Guanidina juga berupaya merencatkan biosintesis RNA virus. Bahan ini jarang digunakan sebagai agen terapeutik disebabkan pembentukan mutan yang rintang terhadapnya.
lactamlaktamKimiaBiokimiaSebatian organik yang mengandungi kumpulan NH-CO- dalam bentuk gelang, dan terhasil daripada penyingkiran molekul air daripada asid amino tertentu. Sebatian ini merupakan bentuk keto daripada laktim-isomernya.
imidoimidoPerubatanTiadaAwalan yang menunjukkan kehadiran gugus bivalen, >NH, di dalam sesuatu sebatian.
imideimidaPerubatanTiadaSebarang sebatian yang mempunyai gugus bivalen, >NH.
partial enthalpyentalpi separaKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerubahan entalpi larutan nH (bilangan mol n darab entalpi molar H) dengan penambahan bilangan mol komponen j pada keadaan suhu T, tekanan P, dan komponen lain i yang ditetapkan. Entalpi separa ditakrifkan sebagai dengan = entalpi separa komponen j (J/mol).
amineaminaKimiaTiadaKumpulan sebatian organik yang mempunyai radikal –NH2, -NH, atau –N- sebagai ciri utamanya, formula am RNH2, R2NH, atau R3N (R ialah alkil dan/atau aril), berbentuk gas atau cecair yang tidak berwarna, bau ciriannya seperti ikan busuk, dan jika larut di dalam air, membentuk bes lemah. Amina terbahagi kepada amina primer, RNH2, sekunder, R2Nh dan tertier, R3N. Dalam industri, sebatian jenis ini disediakan secara tindak balas ammonia dengan alkil halida. Amina primer bertindak balas dengan asid nitrus untuk membentuk sebatian diazo, dan amina digunakan dalam sintesis bahan organik lain. Misalnya, metilamina (aminometana), CH3NH2, dimetilamina (N-metilaminometana) (CH3)2NH dan trimetilamina (N,N-dimetilaminometana), (CH3)3N.
carbazonekarbazonKimiaTiadaSebatian dengan formula am, R-N=N-CO-NH-NHR.
12

Kembali ke atas