Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nom.bor] | نومبور

Definisi : tanda yg menyatakan bilangan, angka; ~ asas nombor dr 0 hingga 9; ~ atom (Kim) nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral; ~ Avogadro (Kim) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dlm satu mol bahan; ~ bercampur nombor yg mengandungi nombor penuh dgn angka pecahan; ~ bulat = ~ penuh nombor yg tidak ada angka pecahan; ~ ganjil nombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ genap nombor yg tidak berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ induk = ~ pokok Id bilangan daftar dlm buku daftar; ~ lepas Id eceran (surat khabar, majalah); ~ neutron (Kim) bilangan neutron dlm sesuatu nukleus atom; ~ pendaftaran satu siri huruf dan nombor yg terdaftar dgn pihak yg berwajib, mis bagi kereta dan syarikat; ~ pengenalan diri nombor rahsia yg di­per­untukkan kpd seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk me­ngeluarkan wang tunai melalui ATM: ~ peng­oksidaan (Kim) bilangan elektron yg perlu ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd anion utk memperoleh atom neutral; ~ perduaan (Mat) nombor yg menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1; ~ perenambelasan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F; ~ perlapanan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7; ~ plat nombor pendaftaran pd kenderaan bermotor; ~ satu a) angka satu; b) = ~ wahid bp yg terbaik atau terdahulu; ~ siri nombor yg menandakan satu-satu item atau butiran dlm sesuatu siri, mis pd wang kertas; ~ tunggal nombor yg hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih); bernombor mempunyai nombor atau telah dinomborkan; menombori memberi bernombor, mem­berikan nombor (bilangan) kpd; penomboran perihal (perbuatan dsb) me­nombori (sesuatu): ~ bab dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nom.bor] | نومبور

Definisi : tanda atau lambang dlm tu­lisan utk menyatakan bilangan; angka. ~ atom ist nombor yg menun­jukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral. ~ bulat (penuh) nombor yg tidak mempunyai ang­ka pecahan. ~ ganjil nombor yg ber­baki satu apabila dibahagikan dgn dua. ~ genap nombor yg tidak ber­baki apabila dibahagikan dgn dua. ~ perdana (tunggal) nombor yg tidak dpt dibahagikan dgn sebarang ang­ka lain dgn tidak berbaki kecuali dgn angka 1 atau dgn angka itu sen­diri (mis 7, 17, 41). menombori mem­beri bernombor; menjadikan se­­sua­tu bernombor; meletakkan atau membubuh nombor pd: Mereka ~ piring-piring itu lalu menyimpannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nombor (kata nama)
Bersinonim dengan angka, bilangan.,

Puisi
 

Darilah Raib berperahu ke hutan,
     Lumba pertama si nombor satu;
Apa ditangis apa disukakan,
     Hilanglah lama berganti baru.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

211

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decimal numbernombor perpuluhanKejuruteraanTiadaNombor yang digunakan dalam sistem pernomboran perpuluhan, iaitu nombor-nombor arah 0 ke 9, dengan asas 10.
number scaleskala nomborMatematikTiadaPerwakilan titik di atas garis dengan nombor-nombor tersusun dalam tertib tertentu.
categorical tablejadual kategoriPerpustakaanTiadaJadual yang memuatkan bentuk, kelayakan dan cara lain mengkategorikan subjek dengan menambah nombor-nombor yang sesuai kepada nombor subjek dalam pengelasan subjek Brown.
black steptanda susunanPerpustakaanTiadaNombor-nombor yang dicetak pada setiap helaian buku di antara halaman pertama hingga akhir, membantu penyusunan halaman dengan betul apabila helaian dilipat dan disatukan untuk dijilid kulit keras.
radix notationtatatanda radiksKejuruteraanTiadaNombor-nombor yang dipersembahkan dalam radiks tertentu.
binary notationtatatanda perduaanMatematikTiadaPerwakilan nombor-nombor oleh angka dedua.
classingpengelasanPerpustakaanTiadaPenyesuaian atau peruntukan nombor-nombor kelas untuk buku atau bahan-bahan lain dalam satu skim pengelasan.
classifyingpengelasanPerpustakaanTiadaPenyesuaian atau peruntukan nombor-nombor kelas untuk buku atau bahan-bahan lain dalam satu skim pengelasan yang wujud.
line numbernombor baris; nombor talian; nombor garisKomputerTiadaTiada
clock-face arithmeticaritmetik muka-jamMatematikTiadaAritmetik yang melibatkan nombor-nombor yang terbatas kepada modulo tertentu yang berkenaan.
12345678910...

Kembali ke atas