Cara nyanyian canta yang melibatkan nyanyian satu pic dengan satu suku kata. Silabik merupakan salah satu daripada ciri melodi canta Zaman Pertengahan. Lihat juga melisma, neumatik.
Gaya vokal dalam opera atau oratorio. Resitatif berbeza dengan gaya nyanyian seperti aria dan ensembel. Nyanyian resitatif kedengaran seperti antara nyanyian dengan pertuturan, beritma bebas, tidak bermeter dan dinyanyikan secara silabik. Recitativo accompagnato atau recitativo stromentato ialah resitatif yang diiringi orkestra. Recitativo secco atau recitativo semplice ialah resitatif yang diiringi basso continuo.
Nyanyian puisi epik dalam bahasa Kawi, iaitu bahasa Jawa kuno. Nyanyian ini dicipta di Bah dan di Jawa pada abad ke-9. Lirik puisi tentang kepercayaan dan jasa baik dewa-dewi sebagai pengajaran moral kepada masyarakat. Lihat juga kidung.
Nyanyian berpadu suara secara berkumpulan tanpa diiringi alat muzik. A capella juga merujuk kepada nyanyian di dalam gereja sehingga abad ke-19. Contohnya, Missa Papae Marcelli oleh Palestrina.
Thanks for clicking. That felt good.