anthropomorphism | antropomofisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemberian sifat manusia dalam karya sastera kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa, dan kuasa yang abstrak seperti Tuhan. Karya berunsur antropomorfisme yang termasyhur ialah Animal Farm oleh George Orwell yang merupakan satira terhadap Revolusi Rusia. Dalam karya ini, binatang ternakan yang asalnya dimiliki oleh peladang yang mabuk telah berjaya memerdekakan diri, mengambil alih ladang itu, dan mengerjakannya sendiri seperti manusia. Namun, timbul huru-hara sehingga ladang itu kucar-kacir kerana binatang yang mentadbirkannya bertindak zalim seperti pemiliknya terdahulu. Di Malaysia, karya yang memperlihatkan corak cerita yang sama ialah Tikus Rahmat oleh Hassan Ibrahim. Di Indonesia terdapat cerpen �Langit Makin Mendung� oleh Kipandjikusmin yang memberikan sifat manusia kepada Tuhan. Antropomorfisme digunakan untuk membangkitkan rasa empati dalam sastera. Kebanyakan pengarang cerita kiasan lebih cenderung memperlihatkan unsur ini. Antropomorfisme berasal daripada perkataan Yunani anthropos yang bererti |
social criticism | kritikan sosial | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan terhadap gejala yang merosakkan masyarakat dalam teks sastera. Kritikan sosial berdasarkan fahaman bahaw sesebuah karya itu mencerminkan kebobrokan masyarakat seperti yang difahami dan ditafsirkan oleh pengarangnya. Dalam sastera Inggeris, novel George Orwell bertajuk Animal Farm merupakan sebuah teks yang mengkritik sistem komunisme yang merosakkan masyarakat. Dalam sastera Melayu pula, novel Patriach oleh Shahnon Ahmad mengkritik kuasa pemimpin yang menyeleweng. |
dystopia | distopia | Kesusasteraan | Tiada | Dunia rekaan akan datang dalam fiksyen atau satira yang mencemaskan dan tidak menyenangkan pembaca. Contoh dunia distopia ditemui dalam karya bentuk fiksyen sains dan satira moden. Contohnya dalam The Time Machine (1895) oleh H.G. Wells dan Nineteen Eighty-Four (1949) oleh George Orwell. Lihat juga antiutopia. |