Chalaza | Kalaza | Pertanian | Agronomi | Sebahagian tisu pada ovul yang bertentangan dengan mikropil dan melekatkan nuselus, iaitu bahagian tengah ovul dengan integumen (kulit ovul). |
amphitropous ovule | ovul amfitrop | Botani | Tiada | Ovul yang terletak mendatar dalam ovari dengan bahagian mikropilnya hampir pada tangkai. |
anatropous ovule | ovul anatrop | Botani | Tiada | Ovul yang songsang dengan bahagian mikropilnya menghala ke arah uri akibat tangkai yang membengkok pada bahagian apeks. |
orthotropous ovule | ovul ortotrop | Botani | Tiada | Ovul yang lurus pada tangkainya berada bertentangan dengan bahagian mikropil. |
ovule | ovul | Botani | Tiada | Struktur yang terdapat dalam ovari. Ovul berkembang menjadi biji setelah persenyawaan berlaku. |
campylotropous | Kampilotropus | Pertanian | Agronomi | Berkaitan dengan bentuk ovul yang mempengaruhi bentuk biji benih. Ovul kampilotropus mempunyai bentuk melengkung seperti huruf C dengan tangkainya di bahagian bawah berhampiran dengan mikropil. |
micropyle | mikropil | Biologi | Histologi dan Sitologi | Alur kecil pada ovul biji yang berupa sambungan integumen pada apeks nukleus dan di dalamnya terdapat tiub debunga yang melaluinya ovul dipersenyawakan. Alur ini kekal pada testa biji dan membentuk satu liang kecil yang menjadi laluan air yang diperlukan semasa percambahan. |
polyembryony | poliembrioni | Pertanian | Agronomi | Fenomena yang berlaku apabila dua atau lebih embrio terdapat di dalam satu biji benih. Keadaan ini terjadi apabila dua atau lebih debunga mensenyawakan satu ovul, atau terdapat lebih daripada satu ovul dalam satu ovari. Contohnya, tanaman limau dan mangga, terutamanya yang mempunyai ovul tetraploid. Apabila ditanam, biji benih tersebut akan menghasilkan lebih daripada satu anak benih. |
integumen | integumen | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Lapisan mikropil yang terdiri daripada satu sel atau barisan sel yang menutupi ovul kecuali pada liang mikropil. Apabila ovul menjadi biji, bahagian ini menjadi testa (kulit) biji tersebut. 2. Lapisan menutupi tisu, terutama kulit. |
ovule | ovul | Perhutanan | Tiada | Tiada |