pad | pad;alas | Kejuruteraan | Tiada | 1. Lapisan bahan yang digunakan sebagai kusyen atau untuk perlindungan.,2. Unjuran logam lebih pada tempaan tuangan, atau bahagian yang terkimpal.,3. Titik berlepas atau mendarat bagi helikopter atau kenderaan angkasa.,4. Tapai atau pelantar galasan beban tempat roket dilancarkan. Sinonim: pad lancar,5. Kerja bata di sebelah bawah besi lebur di tapak relau bagas.,6. Pemuat boleh laras terpraset yang kecil, digunakan untuk mengatur frekuensi tepat bagi ayunan pengayun, atau litar tertala dalam penguat atau turas. Sinonim: pengepad; perapi,7. Pelemah tetap yang dipasang pada talian penghantaran, atau pada pandu gelombang untuk mengelakkan pantulan. |
padding | bahan pad; penebal | Kesenian | Tiada | 1. Bahan pad: Bahan isian seperti kapas atau bulu unggas yang diletakkan antara dua lapis fabrik atau belulang, untuk memberi ketebalan pakaian, berfungsi sebagai hiasan atau penahan sejuk. |
padding | bahan pad; penebal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Bahan pad: Bahan isian seperti kapas atau bulu unggas yang diletakkan antara dua lapis fabrik atau belulang, untuk memberi ketebalan pakaian, berfungsi sebagai hiasan atau penahan sejuk. |
stem girdle | kelar pangkal | Landskap | Tiada | 1. Kecederaan pad a pangkal pokok yang di sebabkan oleh mesin pemotong rumput. 2. Aktiviti mencederakan bahagian kulit yang mengelilingi pokok bertujuan mematikan pokok berkenaan. |
padding stitch | jahit pad | Kesenian | Tiada | 1. Jelujur halus yang dijahit dalam barisan dan digunakan sebagai asas sulam. Contoh: jahit sulam padu.,2. Jelujur kasar yang dijahit menyerong, digunakan untuk menetapkan kedudukan fabrik asas dan fabrik lapik. |
tie | pengikat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | 1. Anggota yang mengalami ketegangan yang terdapat pada struktur seperti kekuda bumbung; 2. Tetulang sisi yang terdapat pad tiang konkrit tetulang. |
repeater | pengulang | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peranti yang menghantar apa yang diterimanya, tetapi dalam bentuk yang terkuat atau terimbuh.,2. Perpuluhan yang, selepas ketika tertentu, nombor atau suatu set nombor diulang secara tak terhingga, dengan tanda bintik ditulis di atas nombor yang berulang, misalnya 0.3 = 0.3333....Sinonim: perpuluhan berulang.,3. Penunjuk yang memaparkan maklumat yang sama seperti yang dipaparkan pad penunjuk induk. Sinonim: penunjuk jauh.,4. Pengubah nisbah-uniti untuk memisahkan litar-litar telefon, dengan belitan-belitan terimbang ke bumi. Sinonim: gegelung mengulang. |
helium | helium | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan O atau VIIIA (atau 18) jadual berkala, simbol He, nombor atom 2, berat atom 4.003, takat beku –272.2oC pad tekanan 25 atm, takat didih –268.9oC pada tekanan 1 atm, wujud sebagai gas monoatom yang tidak berwarna, tidak berbau, tidak mudah terbakar, sangat ringan dan bersifat lengai. helium merupakan gas adi yang mempunyai nukleus yang terdiri daripada zarah alfa dan terdapat dalam dua bentuk isotop yang satbil, iaitu He-3 dan He-4. Gas ini diperoleh daripada pencecairan gas asli dan digunakan dalam proses pengimpalan dan kromatografi. |
Vernam cipher | sifer Vernam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan sifer alir yang menggunakan kaedah yang sama dengan pad sekali guna. Kaedah ini dicipta oleh Gilbert S. Vernam dari Syarikat AT & T bertujuan untuk penyulitan data pada sistem komputer pita tebuk. Suatu rentetan nombor rawak dijana mengikut panjang aksara mesej yang ingin disulitkan. Setiap aksara dalam mesej berkenaan akan diwakilkan dengan nombor. Contohnya, A=0, B=1, C=2 hingga Z=25. Bagi setiap aksara, nilai perwakialan nombornya akan ditambahkan dengan nombor rawak yang dijanakan untuk kedudukan yang sama dalam mesej dan kemudiannya dimodulus 26. Seterusnya, hasil tersebut akan ditukarkan ke bentuk abjad dengan menyongsangkan kaedah perwakilan nombor. Contohnya, 0=A, 1=B, 2=C hingga 25=Z. Proses yang sama akan berulangan sehingga keseluruhan mesej disulitkan. |