beating | pukul; paluan; putar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pukul: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memukul.,Putar: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memutar. |
buffet boundary | sempadan paluan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
tengkuang (Mal) | tengkuang | Kesenian | Tiada | Alat paluan daripada kayu kaum Iban, Sarawak. |
batak (Mal) | batak | Kesenian | Tiada | Ziter paluan satu tali kaum Jah Hut, Pahang. |
basoi (Mal) | basoi | Kesenian | Tiada | Ziter paluan kaum Melanau, Sarawak. |
piphat (Thai) | piphat | Kesenian | Tiada | Kumpulan orkestra paluan. |
pan ku (Ch) | pan ku | Kesenian | Tiada | Alat paluan mengawal tempo. |
resonance | resonans | Perubatan | Tiada | Pemanjangan dan penguatan bunyi yang dipancarkan ke dalam rongga, terutama bunyi yang dijanakan dengan paluan alat bunyian, seperti garpu tala dan teknik perkusi. |
chant | dikir | Kesusasteraan | Tiada | Gabungan ucapan doa atau nyanyian yang disampaikan secara beramai-ramai dengan cara berlagu. Lagu disampaikan dalam bentuk pantun diiringi dengan paluan rebana dan alat muzik yang lain Gaya penyampaian seperti ini juga digunakan dalam gereja seperti Canta Gregory (Gregorian Chant), dan di kuil Hindu atau Buddha untuk lafaz mantera. Lafaz mantera dalam upacara buka panggung, teater wayang kulit, dan makyung juga dianggap dikir, malahan gaya membaca puisi juga menggunakan teknik dikir. Contoh yang terkenal ialah pantun yang digunakan dalam persembahan Dikir Barat. |
awang batil | awang batil | Muzik | Tiada | Sejenis seni penceritaan rakyat Kampung Pokok Sena, Cuping, Perlis. Seorang penglipur lara yang diberi gelaran Awang Batil menyampaikan cerita rakyat dengan iringan paluan sebuah batil, iaitu sejenis mangkuk. Awang Batil juga memakai topeng semasa memainkan watak tertentu. Persembahan ini juga dinamai Awang Belanga kerana belanga digunakan sebagai alat muzik pada zaman dahulu. |