Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.mé.ran] | ڤاميرن

Definisi : pertunjukan (hasil seni, buku, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.mé.ran] | ڤاميرن

Definisi : pertunjukan barang-barang utk dijual dll: ~ buku sedang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pamer
Kata Terbitan : mempamerkan, pameran,

Peribahasa

367

Many a little makes a mickle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Sedikit-sedikit teku, lama-lama menjadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a little makes a mickle, doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah sedikit-sedikit teku, lama-lama menjadi bukit ? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retrospective exhibitionpameran retrospektifKesenianTiadaPameran perseorangan pelukis yang mengemukakan karya-karya yang dihasilkannya dalam beberapa tahun kebelakangan.
expository displaypameran dedahanPendidikanTiadaPameran untuk menyebarkan maklumat dan mendedahkannya kepada orang awam.
point-of-purchase advertisementiklan di tempat belianKomunikasiKorporatBahan pameran atau bahan peragaan yang digunakan untuk mengiklankan sesuatu barangan atau perkhidmatan di dalam atau di sekitar kawasan penjualan barangan. Bahan pameran yang digunakan boleh terdiri daripada poster, sepanduk, bahan peragaan tingkap, peragaan lantai, peragaan dinding atau kios elektronik. Bahan pameran tersebut biasanya berfungsi untuk mempengaruhi keputusan pengguna supaya mendapatkan barangan tersebut setelah mereka didedahkan dengan maklumat awal barangan berkenaan di media cetak dan media elektronik. Apabila bakal pelanggan berkunjung ke tempat jualan, sekali lagi pelanggan akan terdedah dengan maklumat barangan melalui peragaan dan pameran di tempat tersebut.
display arearuang pameranSosiologiTiadaRuang yang dikhaskan untuk sesuatu pameran tertentu.
display arearuang pameranPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaRuang yang dikhaskan untuk sesuatu pameran tertentu.
exhibit managerpengurus pameranPelanconganTiadaIndividu yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pameran produk pelancongan.
fair planningperancangan pameranPelanconganTiadaUsaha yang dilakukan oleh pertubuhan atau kumpulan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan pameran.
kioskkiosKomunikasiKorporatRuang atau struktur kecil yang dibina untuk memudahkan aktiviti pemasaran atau pameran barangan dan perkhidmatan. Ruang ini boleh bersifat tetap atau sementara. Kios yang bersifat tetap biasanya dibina di pusat pengangkutan awam seperti di perhentian bas dan lapangan terbang, kawasan rehat dan riadah, serta pasar raya. Kios yang bersifat sementara pula biasanya dibina di kawasan pameran semasa penganjuran sesuatu acara seperti pameran buku, komputer dan media, dan kawasan pertunjukan awam seperti sambutan hari kemerdekaan dan persembahan hiburan. Bentuk pemasaran seperti ini berfungsi untuk mengagihkan aktiviti pemasaran sesuatu barangan berasaskan jenis, pengeluar dan faktor lain, serta menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga kecil. Selain itu, kios berfungsi memberikan peluang kepada syarikat besar untuk mendekati sasaran barangan secara langsung di samping mendapatkan maklum balas kepada pelanggan mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan.
poster showingpameran posterKomunikasiKorporatNilai dedahan poster terhadap khalayak sasaran. Nilai peragaan ini berbeza berdasarkan lokasi poster jalanan diletakkan. Nilai # 100 bermakna poster tersebut terdedah kepada jumlah 100% khalayak atau semua khalayak di persekitaran lokasi tersebut. Nilai sewaan panel peragaan jenis ini adalah yang tertinggi berbanding kadar dedahan yang kurang, seperti #75, #50, atau #25 yang membawa maksud 75%, 50%, atau 25% daripada jumlah khalayak yang terdedah kepada poster berkenaan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh lokasi yang kurang menjadi tumpuan khalayak. Nilai yang berbeza akan menentukan kadar bayaran sewa panel pameran poster yang disediakan oleh syarikat pengiklanan.
exhibitionpameranPerpustakaanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas