tinea versicolor | panau | Biologi | Mikologi | Penyakit pada kulit manusia atau haiwan yang disebabkan oleh kulat Malazzeria furfur dan Pityrosporum orbiculare. Penyakit ini ditunjukkan oleh gejala berupa belur atau bengkak bulat pada kulit. tinea versikolor. |
tinea versicolor | tinea versikolor | Perubatan | Tiada | Panau. Sin: pitiriasis versikolor |
tinea versicolor | tinea versikolor | Biologi | Mikologi | lih. panau. |
candidiasis | kandidiasis | Herba | Pemiawaian | Jangkitan atau penyakit pada tubuh seperti panau yang disebabkan oleh kulat Candida terutamanya Candida albicans. Contoh herba yang boleh merawat kandidiasis ialah ekstrak daun gelenggang besar (Cassia alata). |
dermatology | dermatologi | Herba | Pemiawaian | Salah satu cabang bidang perubatan yang mengkaji kulit, termasuklah pengkajian tentang struktur, fungsi dan penyakit kulit, serta diagnosis dan rawatan penyakit yang berkesan. Contohnya, daun gelenggang besar (Cassia alata) digunakan untuk merawat panau dan ekstrak kulit rambai (Baccaurea motleyana) untuk mencerahkan kulit. |
Piper sarmentosum | kaduk | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan herba dalam famili Piperaceae yang dikenali juga sebagai sirih duduk atau kaduk batu. Tumbuhan ini hidup liar di tempat teduh dan lembap seperti di bawah pokok lain. Tingginya mencapai 60 cm, daunnya nipis berwarna hijau tua, berkilat, bentuknya bujur seperti jantung, dan beraroma kuat. Bunganya kecil tersusun padat pada jambak spika yang pendek dan berwarna putih. Buahnya sangat kecil. Air rebusan daun digunakan untuk mengubati lemah tulang. Daunnya yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk mengubati sakit kepala dan panau. Daunnya yang telah dilayur ditampal di dada untuk mengubati sakit dada. Daunnya boleh dikunyah untuk melegakan sakit tekak. Akarnya boleh dikunyah bersama-sama pinang untuk melegakan lelah dan batuk yang berpanjangan. Akarnya yang dikunyah bersama-sama halia pula boleh melegakan sakit gigi. Pucuknya beraroma dan boleh dibuat ulam dan sayur. |
Chromolaena odorata | pokok kapal terbang | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek dalam famili Asteraceae dan dikenali juga sebagai rumput Jerman dan malayalam. Tumbuhan ini tumbuh dengan mudah di kawasan terdedah dan tanah terbiar. Batangnya berkayu dan berbulu halus. Daunnya tersusun bersetentang, tepi daun bergerigi dentat dan berbulu. Bunganya terdapat di celah-celah daun dan hujung ranting, dan berwarna putih kebiru-biruan. Buahnya jenis aken berbulu putih dan halus. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk mengubati luka, panau, kurap dan demam. |
Clerodendron fragrans | setumpuk | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek yang tumbuh tegak dalam famili Verbenaceae dan dikenali juga sebagai rompok, melur hutan atau melur jawa. Pokok ini tumbuh liar di belukar atau kebun terutama di kawasan redup dan berpasir. Daunnya berbentuk seperti jantung dan berwarna hijau tua dan tepi daunnya bergerigi. Bunganya keluar dari hujung batang dan tersusun padat pada jambak yang bertangkai pendek, warnanya putih keungu-unguan. Kelopak bunga berbentuk bulat dan tersusun berlapis-lapis serta baunya harum. Air rendaman pokok ini boleh dibuat mandian berubat untuk merawat penyakit reumatik. Air rebusan ini juga dibuat mandian herba untuk ibu yang baru bersalin. Daun yang ditumbuk lumat bersama-sama kapur disapukan pada kulit untuk mengubati panau. Tumbuhan ini juga dibuat ubat demam malaria. Daun yang telah dihancurkan disapukan pada leher untuk mengubati batuk. Setumpuk mempunyai bunga yang harum dan cantik, dan sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan. |