Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.nik.an]/[ke.pa.ni/.kan] | ڤانيک

Definisi : cemas (takut, bimbang, gelisah dsb) yg datang dgn tiba-tiba: saya benar-benar ~ ketika itu; kadangkala kita mudah ~ apabila diarah menyiapkan sesuatu projek dgn segera; kepanikan 1. perasaan atau keadaan panik (cemas): ~ benar-benar mencengkamnya; ~ jelas terbayang di wajahnya; 2. mengalami perasaan panik, dlm keadaan panik: orang tua yg ~ itu telah bergegas melarikan diri ke dlm belukar; nampaknya dia ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.nik.an]/[ke.pa.ni/.kan] | ڤانيک

Definisi : cemas, takut, bimbang dsb yg tiba-tiba hingga tidak dpt berfikir dgn tenang: Kita tidak boleh ~ apabila berlaku kemalangan. kepanikan rasa panik: Kebakaran itu telah menimbulkan ~ di kalangan penduduk di situ. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
panicpanikPerubatanTiadaTiada
panicpanikPsikologiTiadaTiada
panicpanikSejarahTiadaTiada
moral panicspanik moralKriminologiKeadilan JenayahPerasaan takut yang tersebar dalam kalangan orang ramai bahawa sesuatu peristiwa, orang atau kumpulan akan mengancam kesejahteraan masyarakat. Perasaan ini juga merupakan proses membangkitkan keprihatinan sosial tentang sesuatu isu. Contohnya, perasaan takut yang timbul akibat peningkatan kejadian rogol atau ragut.
panic disorderkecelaruan panikPsikologiTiadaTiada
panic buyingpembelian panikEkonomiTiadaTindakan atau perbuatan membeli sesuatu produk atau komoditi tertentu dalam kuantiti yang banyak disebabkan oleh ketakutan yang tiba-tiba atau disebabkan kenaikan harga.
grounding techniqueteknik bumianPsikologiTiadaKaedah pengawalan diri untuk mengawal tekanan, serangan panik dan kebimbangan melalui teknik bau, rasa, pendengaran dan penglihatan.
hysteriahisteriaHerbaFitoterapiGangguan fikiran yang menyebabkan perubahan tingkah laku seperti emosi yang berlebihan dan tidak terkawal, rasa takut, dan panik.
virus hoaxvirus olok-olokTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang kononnya wujud dalam sistem komputer yang merupakan fail virus yang mampu menyebabkan kerosakan dahsyat kepada sistem komputer. Maklumat palsu ini menyatakan kononnya wujud satu atau lebih fail sistem komputer yang telah dijangkiti virus berbahaya. Maklumat ini juga akan menyebabkan pengguna menjadi panik dan akan berusaha mencari dan membuang fail yang dinamakan tersebut daripada sistem komputer. Biasanya fail yang dinamakan dalam maklumat palsu ini adalah sebenarnya sebahagian daripada sistem pengoperasian. Pembatalan fail tersebut akan menyebabkan sistem pengoperasian tidak dapat berfungsi dengan betul atau berhenti sepenuhnya.
insolvencyketakmampuan bayarEkonomiEkonomi IslamKetidakmampuan sesebuah syarikat untuk membayar balik hutang. Keadaan ini menunjukkan nilai bersih syarikat adalah negatif. Ketidakmampuan ini bukan sahaja dihadapi oleh syarikat yang meminjam tetapi juga oleh institusi kewangan yang memberi pinjaman. Hal ini kerana sebarang ketidakmampuan membayar oleh peminjam akan menjejaskan kemampuan institusi kewangan untuk memenuhi tuntutan pengeluaran deposit pelanggannya. Situasi ini boleh menyebabkan berlakunya keadaan panik dalam kalangan pendeposit yang membawa kepada serbuan bank. Institusi kewangan Islam dijangka kurang menghadapi keadaan ini sekiranya mengurangkan pembiayaan hutang dan memperbanyakkan pembiayaan ekuiti.

Kembali ke atas