sustained-release bolus | bolus lepas beransur | Veterinar | Tiada | Jisim berbentuk silinder atau bulet bersaiz 3-6 cm panjang dan 1 cm diameter yang mengandungi ubat cacing, mineral surih atau urea yang dimasukkan ke dalam rumen ternakan. Komponen bahan tersebut akan dibebaskan secara beransur-ansur mengikut kadar tertentu untuk kegunaan ternakan dan sekali gus mengelakkan pemberian setiap hari secara manual. |
catenane | katenana | Fizik | Nanoteknologi | Molekul yang mengandungi dua atau lebih gelang yang saling mengunci. Molekul ini berukuran 0.5 nm panjang dan 1 nm lebar dan berfungsi sebagai suis nano. Gelang saling mengunci ini tidak dapat dipisahkan tanpa memecahkan ikatan kovalen makrokitar. |
Acorus calamus | Jerangau | Pertanian | Tiada | Tumbuhan ini dalam famili Acoraceae. Ia tidak berbatang dan mempunyai rizom. Daun tersusun pada satu satah, berbentuk panjang sehingga 1 m dan meruncing di hujung. Jambak bunga jenis spadiks berwarna hijau. Pokok herba jenis saka ditanam di kawasan lembap. Asap daripada rizom kering yang dibakar dihidu untuk merawat lelah. Rizom yang telah dilumatkan bersama halia dilumur pada badan untuk rawatan lepas bersalin. Air rebusan pokok diminum sebagai tonik lepas bersalin. Air rebusan akar diminum untuk merawat haid berlebihan, demam dan selsema, sakit perut, cirit-birit dan buang angin. Rizomnya mengandungi minyak pati dengan sebatian utama seperti fenilpropana, monoterpina dan sesquiterpinoid. Sebatian ß-asaron yang juga terdapat dalam tumbuhan ini dilaporkan bersifat karsinogenik yang boleh mengakibatkan barah. |
microsatellite DNA | DNA mikrosatelit | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Unit ulangan bagi jujukan DNA, yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom dengan panjang antara 1 hingga 6 atau lebih pasangan bes dan pengulangan biasanya antara 5 hingga 50 kali. Contohnya, ulangan dengan 2 pasangan bes berturutan, 3 pasangan bes berturutan atau 4 pasangan bes berturutan. |
bolus | bolus | Veterinar | Tiada | 1. Bahan yang berbentuk hampir spera yang berukuran 3-6 cm panjang dan 1 cm diameter yang terdiri sama ada makanan, ubat-ubatan atau bekalan mineral untuk ternakan terutamanya haiwan ruminan. 2. Bebola makanan yang telah dikunyah dan bercampur dengan air liur yang sedia untuk ditelan. Bebola ini boleh berupa kaca yang melarut dengan perlahan yang mengandungi kuprum, selenium dan kobalt sebagai sumber pelengkap mineral surih. Selalunya mineral surih ini digabungkan dengan natrium, fosforus, kalsium dan magnesium oksida dan boleh membekalkan kesemua unsur ini bagi tempoh 12 bulan. Kadang-kadang alat ini ditambah dengan bahan lain seperti ubat untuk mengawal jangkitan parasit. |
1-1 heat exchanger | penukar haba 1?1 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba jenis satu laluan yang membenarkan laluan bendalir hanya sekali di dalam bahagian kelompang dan tiub. Dengan ini, hanya terdapat satu kelompang yang menjadi bekas bagi kesemua tiub. Penukar haba ini merupakan penukar haba yang paling ringkas tetapi jarang-jarang digunakan dalam amalan industri kerana halaju bendalir terlalu rendah, kadar pemindahan haba yang tidak cekap, dan tiub yang panjang diperlukan untuk mencapai pemanasan atau penyejukan yang diperlukan. Penukar haba ini juga mengalami masalah pengembangan aliran bendalir yang mengakibatkan kejatuhan tekanan yang tinggi. |
PCX | PCX | Teknologi Maklumat | Tiada | Kependekan bagi PC PaintBrush X. PCX ialah format fail grafik raster untuk memampat imej monokrom, warna 2-bit, 4-bit, 8-bit, dan 24-bit. Format ini menggunakan RLE untuk menghasilkan nisbah pemampatan 1.1:1 hingga 1.5:1. Lazimnya format ini digunakan untuk imej latar belakang oleh aplikasi grafik yang digunakan pada komputer peribadi (PC). Format PCX dibangunkan oleh Zsoft Corporation untuk digunakan secara komersil pada program PC Paintbrush. Fail imej PCX berakhir dengan ‘.pcx’. Lihat pengekodan panjang jalan (RLE). |
norm | norma | Matematik | Tiada | 1. Panjang vektor yang diungkapkan sebagai punca kuasa dua bagi hasil tambah kuasa dua komponen ortogonalnya. |
Holland correlation | korelasi Holland | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi bagi pekali pemindahan haba secara olakan semula jadi untuk sistem penumpu tenaga suria yang ditegakkan pada sudut condongan 0� < q < 70� dan H/L > 12, yang diungkapkan dalam nombor Nusselt sebagai Nu = 1 + 1.44 [1 � 1708/Ra kos q] [1 � 1708(sin 1.8q)1.6/Ra kos q] + [(Ra kos q/5830)1/3 � 1], dengan Nu = nombor Nusselt, Ra = nombor Rayleigh, q = sudut condongan, H = lebar, L = panjang. |
cutting unit | unit potongan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Keluasan permukaan kayu yang berukuran 1 inci lebar dan 1 kaki panjang, yang bersamaan 12 inci persegi. Misalnya, jumlah unit potongan bagi kayu berukuran 6 inci lebar dan 6 kaki panjang ialah 36 unit potongan. Peratusan unit potongan muka bersih digunakan dalam pengredan kepingan kayu. |