whiteboard | papan putih | Teknologi Maklumat | Tiada | Dalam persidangan video, tetingkap pada skrin komputer yang memaparkan nota , lukisan dan imej pada semua skrin peserta yang membenarkan berbilang pengguna menulis dan melukis pada tetingkap tersebut . |
electronic white board | papan putih elektronik | Sosiologi | Tiada | Papan berwarna putih yang digunakan sebagai tempat menulis atau mencatat dan boleh menghasilkan salinan secara automatik, menggunakan kuasa elektrik. |
electronic white board | papan putih elektronik | Pendidikan | Tiada | Papan berwarna putih yang digunakan sebagai tempat menulis atau mencatat dan boleh menghasilkan salinan secara automatik, menggunakan kuasa elektrik. |
marker board | papan putih | Pendidikan | Tiada | Papan tulis berwarna putih yang biasanya ditulis dengan menggunakan pen yang dakwatnya boleh dipadam. Sinonim: white board |
white board | papan putih | Pendidikan | Tiada | Papan tulis berwarna putih yang biasanya ditulis dengan menggunakan pen yang dakwatnya boleh dipadam. |
screen gain | gandaan/pencerahan skrin | Teknologi Maklumat | Tiada | Pengukuran pantulan cahaya pada permukaan skrin monitor atau skrin tayangan. Nombor gandaan mewakili nisbah cahaya yang terpantul daripada skrin dibandingkan dengan cahaya yang terpantul dari papan putih yang piawai (magnesium oksida). Sebagai contoh gandaan skrin bernilai 1.5 akan mempunyai jumlah pantulan 50% cahaya lebih tinggi daripada yang dipantul oleh papan putih. |
screen gain | gandaan/pencerahan skrin | Teknologi Maklumat | Tiada | Pengukuran pantulan cahaya pada permukaan skrin monitor atau skrin tayangan. Nombor gandaan mewakili nisbah cahaya yang terpantul daripada skrin dibandingkan dengan cahaya yang terpantul dari papan putih yang piawai (magnesium oksida). Sebagai contoh gandaan skrin bernilai 1.5 akan mempunyai jumlah pantulan 50% cahaya lebih tinggi daripada yang dipantul oleh papan putih. |
computer conferencing | sidang komputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Sesi perbincangan atau mesyuarat yang diadakan di dua atau lebih lokasi menerusi rangkaian komputer. Sidang ini lazimnya disepadukan dengan aplikasi e-mel, sembang, papan putih dan perkongsian sumber seperti data, dokumen, audio dan video. Istilah ini juga merujuk kepada sidang data, sidang berasaskan web dan sidang video. Sesetengah sidang komputer menggunakan pangkalan data yang sama dan dikawal oleh sistem komputer. Contohnya Yahoo Messenger, iRC atau ICQ yang menggunakan kaedah multi siar. |
audio-visual | audiovisual | Komunikasi | Korporat | Peralatan elektronik atau bukan elektronik yang digunakan dalam aktiviti penerbitan bahan promosi dan publisiti. Antara jenis peralatan yang kerap digunakan termasuklan slaid, kaset, cakera padat (CD), atau radio serta suara latar perawi. Alat ini digunakan untuk menghasilkan bunyi bagi mengiringi unsur visual yang diterbitkan. Bahan visual lain yang turut digunakan ialah gambar, model, dan papan putih. Apabila teknologi multimedia diperkenalkan, komputer dan pelbagai jenis perisiannya seperti Photoshop, Ilustrator, dan 3-D diaplikasikan secara meluas. Peralatan ini boleh digunakan untuk memberikan hasil yang sama atau lebih baik daripada teknologi lama. Dalam komukasi korporat, penggunaan alat audiovisual ini sangat biasa digunakan terutama dalam sesi taklimat, mesyuarat, atau pengurusan majlis. |
web conference | sidang web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pertemuan dalam talian berasaskan web yang membolehkan pengguna mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Sidang web juga membolehkan perkongsian skrin komputer, aplikasi atau kandungan berasaskan web dalam masa nyata antara dua atau lebih komputer atau peranti mudah alih. Fungsian tambahan sidang web juga membenarkan capaian jauh komputer, berbalas mesej, bertukar fail, berhubung menerusi papan putih digital, serta bersiaran secara langsung kepada penonton pasif. Contohnya, WebEx, GoToMeeting, Zoom, Skype dan MultiPeople. Lihat juga telesidang, telesidang video. |