academic art | seni akademik | Kesenian | Seni Lukis | Kesenian yang patuh kepada tradisi-tradisi akademi. |
naturalistic art | citra naturalistik | Kesenian | Tiada | Karya seni yang patuh kepada naturalisme. |
الذمى | kafir dhimmī | Agama Islam | Fiqh | Orang kafir yang patuh kepada kerajaan Islam dan mendapat perlindungan sepenuhnya dengan membayar jizyah. |
primitive art(1) | seni lukis primitif | Kesenian | Tiada | 1. Seni lukis yang dihasilkan oleh pelukis yang tidak berpengalaman dan tidak dipengaruhi karya lampau atau sezaman.,2. Seni lukis suku kaum yang patuh kepada cara hidup tradisional, agama dan kepercayaan puaknya. |
divine right (of king) | hak ketuhanan (raja) | Sejarah | Tiada | Hak memerintah raja dikatakan berasal secara langsung daripada tuhan, raja tidak pernah melakukan kesilapan dan berkuasa penuh, begitu dengan penggantinyaa secara berterusan dan rakyat mestilah patuh kepada raja. |
boycott | boikot | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan pemulauan terhadap sesuatu pihak dengan cara enggan mengadakan sebarang urusan, dalam bidang sosial, ekonomi, politik, kebudayaan atau ketenteraan. Pemulauan merupakan satu bentuk hukuman terhadap sesuatu pihak yang telah melanggar atau tidak patuh kepada peraturan sistem antarabangsa. Dari sudut sejarah, istilah tersebut mengambil sempena nama James Boycott seorang bangsawan Ireland. Beliau telah mengenakan dasar penindasan terhadap para pekerja dan penyewa tanahnya. Sebagai tindak balas, para pekerjanya pada semua peringkat memboikot segala urusan dengan beliau. Tindakan ini telah berjaya melumpuhkan urusan James Boycott. |
militarism | fahaman ketenteraan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang merujuk kepada dominasi tentera dan ketenteraan dalam sesebuah pemerintahan. Fahaman ini merendah-rendahkan pemerintahan awam dan menganggap pemerintahan tentera sahaja yang sesuai dilaksanakan dalam pentadbiran. Fahaman ini juga melambangkan pemerintahan yang agresif, keras, menggunakan undang-undang tentera dan tidak demokratik. Dalam sistem pemerintahan ini, pegawai tentera memegang jawatan penting dan orang awam dipaksa akur dengan pemerintahannya. Kebebasan dan penyertaan orang awam disekat manakala kedudukan pembangkang dan NGO sangat terbatas. Dalam kebanyakan negara yang mengamalkan fahaman ini, kedudukan pembangkang atau parti politik dan NGO politik tidak dibenarkan sama sekali. Pemerintahan secara ketenteraan ini memiliki disiplin, imej kecekapan, sepadu, patuh kepada arahan, memiliki hierarki yang jelas dan tersusun serta kemas dalam perancangan dan pengurusan logistik. |
administrative neutrality | keberkecualian pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Prinsip pentadbiran yang tidak memihak atau menyebelahi individu dan badan tertentu yang berkepentingan. Prinsip ini menjadi panduan kepada pegawai tadbir supaya tidak bersikap condong kepada pihak tertentu dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sebagai contoh, pegawai tadbir khususnya anggota perkhidmatan awam seperti Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir Diplomatik, polis mahupun tentera akan tetap berkhidmat walaupun Perdana Menteri dan kabinet telah bertukar. Dalam keadaan ini, anggota perkhidmatan awam mestilah patuh kepada kerajaan baru. Sinonim keneutralan pentadbiran |
الزوجة الناشزة | isteri nusyuz/isteri ingkar | Agama Islam | Fiqh | Isteri yang derhaka kepada suaminya, tidak patuh pada arahan dan tanggungjawab yang harus dipikulnya. Contohnya, keluar rumah tanpa izin. |
syariah noncompliance company | syarikat tak patuh syariah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Syarikat yang aktivitinya tidak mematuhi kriteria syariah sebagaimana yang ditetapkan oleh Majilis Penasihat Syariah (MPS). Syarikat berkenaan terlibat dengan unsur yang haram seperti perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba, perjudian, penjualan barang yang tidak halal, insurans konvensional dan hiburan yang tidak selaras dengan syarak. Sekiranya terdapat urusan yang bercampur antara aktiviti halal dengan aktiviti haram, maka penentuan status tidak patuh syariah akan berdasarkan kepada ukur rujuk percampuran. Keadaan ini menyebabkan syarikat tak patuh syariah dikeluarkan daripada senarai syarikat dalam Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI). |