Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.gas] | ڤݢس

Definisi : 1. besi baja yg nipis dan boleh melenting (terdapat dlm jam, senapang, dll), spring, per; ~ jam; ~ rambut pegas yg halus-halus spt rambut; gaya ~ kekuatan atau kuasa melen­ting; 2. Mn rotan dll utk memukul tilam dll; memegas 1. melenting, menganjal; 2. me­ngibas-ngibaskan kepak hendak terbang; 3. memukul tilam dll dgn rotan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.gas] | ڤݢس

Definisi : besi baja yg nipis dan dpt menganjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pegas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dial pulsedenyut dailKejuruteraanTiadaSampukan seketika pada arus terus dalam gelung telefon panggilan, yang dihasilkan oleh pembukaan dan penutupan pegas-pegas denyut dail bagi telefon panggilan sebagai sambutan terhadap pendailan sesuatu digit.
lumped-parameter systemsistem parameter tergumpalMekanikGunaanJasad atau sistem yang boleh digantikan, untuk tujuan analisis getaran, dengan jisim-jisim terpumpun yang dihubungkan oleh pegas-pegas tak berjisim dan ditindak oleh daya lambatan dan daya gangguan yang juga terpumpun. Penggantian dibuat berdasarkan andaian bahawa tiada perbezaan gerakan yang berlaku di dalam jasad atau sistem berkenaan.
elastic potential energytenaga upaya anjalMekanikGunaanTenaga upaya yang disebabkan oleh ubah bentuk pegas anjal. Bagi pegas linear, tenaga upaya anjal Va diberikan oleh ungkapan, Va = kx2 dengan k sebagai kekakuan pegas dan x ialah ubah bentuk pegas itu apabila diukur nisbi terhadap bentuknya yang tak terubah bentuk. Tenaga upaya anjal merupakan kerja yang akan dilakukan untuk mengembalikan pegas itu ke kedudukan keseimbangannya. Nilai Va sentiasa positif.
valve spring retainer lockpengunci penahan pegas injapKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang digunakan untuk mengunci batang injap pada penahan pegas injap supaya pegas sentiasa berada tetap pada kedudukannya. Komponen ini berbentuk silinder tirus yang terpisah kepada dua bahagian dan mempunyai bonggol gegelang di tengahnya untuk dipasangkan pada batang injap dan penahan pegas injap.
hair springpegas rambutTeknikElektrikPegas berpilin yang dipasang pada meter gegelung bergerak bagi mengembalikan jarum ke sifar setelah digunakan. Pegas ini juga menjadi penyambung di antara gegelung bergerak dengan bekalan. Pegas ini juga menjalankan tugas sebagai peranti redaman.
bottom-hole regulatorpengatur dasar lubangKejuruteraanPetroleumAlat kawal aliran subpermukaan yang ditempatkan di dalam tetiub, iaitu di dalam puting pendaratan. Alat ini terdiri daripada injap dan pegas. Tegasan pegas diatur sedemikian rupa sehingga apabila nilai perbezaan tekanan tertentu dicapai, pegas bergerak ke atas dan injap terbuka. Akibatnya bendalir telaga akan mengalir melalui injap dengan tekanan yang lebih rendah.
jumper springpegas pelompatKejuruteraanKejuruteraan MekanikPegas yang digunakan untuk menolak atau membebaskan kekunci pada roda bintang. Pegas ini boleh terdapat pada pengunci sistem mesin larik kapstan dan turet, dan pada sistem jam mekanikal.
work of spring forcekerja daya pegasMekanikGunaanKerja yangdilakukan oleh daya pegas yang bertindak pada jasad, apabila pegas itu diregangkan atau dimampatkan.
helical springpegas heliksKesenianTiadaPegas yang berbentuk kon.
compression springpegas mampatanKesenianTiadaPegas untuk menghalang kemampatan sesuatu beban.
12345678910...

Kembali ke atas