Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelakonnya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pantomimepantomimKesusasteraanTiada1. Lakonan atau hiburan yang pelakon-pelakonnya menyatakan fikiran dan aksi hanya melalui pergerakan.,2. Seni dan teknik menyatakan emosi atau perasaan melalui gerakan tanpa dialog.
dance dramadramatariKomunikasiTiadaPersembahan tarian yang mengandungi cerita. Persembahan ini lazimnya dilakukan secara tablo iaitu para pelakonnya tidak menggunakan dialog.
masquemasqueKesusasteraanTiadaPersembahan hiburan di istana yang mengagumkan. Persembahan ini menggabungkan drama, puisi, muzik, nyanyian, tarian dan kostum serta peralatan mewah dan hebat. Pelakonnya terdiri dariapda golongan bangsawan yang memakai topeng sebagai watak mitos dan melakonkan sebuah kisah yang bersifat alegori. Persembahan berakhir apabila para pelakon membuka topeng masing-masing sambil menari dengan penonton. Hiburan ini bermula di itali pada zaman Renaissance dan berkembang maju di england ketika pemerintahan Elizabeth, James dan Charles I. Antara penulis masque ialah Ben Johnson yang menulis The Maswue of Blackness dan The Masque of Queens.
XXKesenianDrama dan TeaterSimbol yang digunakan, biasanya dengan membentukkan kedua-dua lengan secara menyilang dengan tanda X�, sebagai satu kaedah arahan dalam latihan teater yang bererti pelakon-pelakonnya hendaklah bergerak dalam keadaan demikian di atas pentas. Simbol ini digunakan bagi mengelakkan pengarah daripada menjerit untuk memberikan arahan tersebut.
aristocratbangsawanKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater Melayu yang menggunakan unsur lakonan, muzik, tarian, nyanyian dan lawak serta kelengkapan pentas dalam bentuk set tirai. Secara tradisinya, persembahan bangsawan tidak mempunyai skrip dan banyak bergantung pada kebolehan para pelakonnya untuk membawa cerita. Kebiasaannya, kisah dalam bangsawan berkisar tentang raja-raja dan golongan bangsawan. Terdapat juga kisah berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater Parsi (dikenali sebagai wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatanyang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Contoh cerita bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuhdan Bawang Putih Bawang Merah. Sinonimwayang Parsi.

Kembali ke atas