Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelantikan atau pelantikan

Peribahasa

102

Catch your bear before you sell its skin

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Catch your bear before you sell its skin . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
niyabah shar‘iyyah ijbariyyahwakil syarak dengan paksaanPerniagaan IslamTiadaIndividu yang dilantik oleh syarak atau mahkamah untuk menjalankan urusan tertentu yang diharuskan oleh syarak bagi pihak orang yang tidak sempurna kelayakannya. Contoh pelantikan oleh syarak ialah bapa sebagai wakil pengawasan dan pengurusan bagi anaknya (sultah asliyyah) dan pelantikan oleh mahkamah ialah wasi sebagai wakil pengawasan dan pengurusan bagi individu kanak-kanak (sultah niyabiyyah). Kuasa pengawasan ini terbahagi kepada dua, iaitu wilayah ‘ala nafs dan wilayah ‘ala mal.
system of governmentsistem kerajaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem yang digunakan dalam pemerintahan untuk mentadbir sesebuah negara. Sistem kerajaan boleh dipengaruhi oleh sesuatu ideologi seperti demokrasi atau komunis atau boleh juga bersifat pragmatik tanpa terikat dengan sebarang fahaman. Sistem ini menggariskan pembahagian kuasa kepada badan pemerintahan seperti badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Di samping itu, ia juga menggariskan sistem pilihan raya yang digunakan, proses pelantikan perdana menteri atau presiden, dan kaedah sistem percukaian dan kewangan negara. Contohnya, sistem demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang banyak diamalkan sekarang.
tawkilmelantik wakilPerniagaan IslamTiadaPelantikan satu pihak sebagai wakil melalui akad wakalah. Pewakilan boleh dilaksanakan melalui ijab kabul, keizinan atau kelulusan. Tawkil boleh dilakukan secara mutlak atau bersyarat dalam pelbagai urusan.
Council of RulersMajIis Raja-rajaSains PolitikPolitik PerbandinganMajlis yang dibentuk untuk mengurus dan mengawal selia hal ehwal yang berkaitan dengan raja dan bidang kuasanya. Idea pembentukan majlis ini muncul seiring dengan kemunculan konsep raja berpelembagaan apabila mereka tidak lagi menjadi pemerintah yang bersifat mutlak. Dalam era pemerintahan moden, negara demokrasi yang mempunyai raja telah ditakrifkan sebagai raja berpelembagaan dan tidak lagi mempunyai kuasa eksekutif dalam hal ehwal pemerintahan negara. Namun untuk mengekal dan memelihara status monarki ini, dibentuk sebuah majlis yang dianggotai oleh raja-raja yang memerintah. Majlis ini berfungsi sebagai badan yang mengurus pelantikan seorang raja atau sultan sebagai ketua negara, peraturan khusus berhubung dengan perilaku raja atau sultan, pelantikan majlis atau mahkamah khas bagi raja yang melanggar kod etika dan sebagainya. Parlimen perlu memohon persetujuan majlis ini sebelum membuat sebarang pindaan terhadap perkara yang berkaitan dengan agama dan juga peruntukan khusus kepada raja. Contohnya, Majlis
administrative autonomyautonomi pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Hak atau kuasa pemerintahan mutlak yang dipegang oleh sesebuah organisasi tanpa penguasaan atau campur tangan pihak lain. Autonomi pentadbiran membolehkan organisasi membuat sesuatu keputusan, mengambil tindakan, menentukan hala tuju dan mengambil pendekatan yang sesuai dalam pengendalian sesuatu urusan. Autonomi pentadbiran secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan imej yang positif kepada organisasi dari kaca mata masyarakat. Contohnya, hak membuat pelantikan pekerja baru, penentuan kadar gaji dan penggubalan peraturan syarikat boleh dibuat tanpa merujuk kepada pihak lain.

contract of restrictionakad penyekatanEkonomiEkonomi IslamAkad yang melarang seseorang daripada menjalankan tugas atau fungsi. Tujuan akad ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kecekapan serta mengelakkan salah laku atau pecah amanah. Contohnya, larangan seseorang yang muflis menjadi penjamin, penarikan semula tauliah dan penamatan pelantikan amil sebagai wakil baitulmal.
legitimate powerkuasa sahPentadbiranTiadaAutoriti yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu pihak dalam melaksanakan pemerintahan, governan ataupun pentadbiran, berdasarkan peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan, undang-undang atau adat istiadat. Kuasa ini memberi individu atau pihak tertentu hak untuk merancang, mentadbir dan membuat pelbagai keputusan penting bagi organisasi atau negara. Walau bagaimanapun, kuasa ini mempunyai had tertentu menurut bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepadanya. Kuasa ini diberikan secara sah melalui pelantikan, warisan, pengundian mahupun secara giliran. Dengan kuasa ini orang ramai dikehendaki akur dengan keputusan yang telah dibuat.
administrative proceduretatacara pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

 Garis panduan, cara atau peraturan terperinci yang menjelaskan tindakan dalam mengendalikan dan menyelesaikan tugas pentadbiran. Tatacara pentadbiran diwujudkan bagi memastikan kelancaran dalam pengurusan organisasi, membantu pekerja ke arah pencapaian matlamat,  menangani permasalahan dan kekeliruan dalam hal ehwal pentadbiran. Garis panduan ini biasanya dilampirkan sebagai manual pekerja untuk memudahkan kakitangan baru  membuat rujukan dalam urusan pentadbiran organisasi. Contoh prosedur pentadbiran ialah dalam konteks kenaikan pangkat. Tatacara pentadbiran perlu dipatuhi bermula dengan peringkat permohonan, temuduga, tapisan, pengesahan dan pelantikan. Sinonim prosedur pentadbiran.

administrative responsibilitytanggungjawab pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

 Kewajipan yang menjadi amanah individu atau kelompok individu dalam sesebuah organisasi bagi melaksanakan hal ehwal tadbir urus. Tanggungjawab pentadbiran melibatkan proses formal yang berpandukan peraturan dan undang-undang tertentu bagi mengelakkan salah tadbir dan penyalahgunaan kuasa. Tanggungjawab pentadbiran merangkumi pelbagai aspek pengurusan organisasi seperti perancangan, pembuatan keputusan, penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan dan kawalan, hal ehwal kewangan, pengembangan kerjaya serta kebajikan kakitangan. Contohnya, pihak pengurusan bertanggungjawab melaksanakan urusan pelantikan kakitangan, kenaikan pangkat dan pengesahan dalam jawatan.

cabinetkabinetSains PolitikPolitik PerbandinganBadan eksekutif yang dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan. Anggota jemaah kabinet akan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai portfolio atau kementerian tertentu. Kebiasaannya, ahli kabinet ini akan bermesyuarat satu atau dua minggu sekali dan dipengerusikan oleh perdana menteri dalam sistem demokrasi berparlimen atau oleh presiden dalam sistem demokrasi berpresiden. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak mutlak ketua kerajaan. Istilah ini berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud bilik rahsia yang digunakan oleh Raja Perancis pada era sebelum revolusi untuk bermesyuarat dengan pegawai istana tertentu. Pegawai yang dipercayai oleh raja sahaja dipanggil untuk bermesyuarat kerana ia melibatkan rahsia negara.
12

Kembali ke atas