seniority | kekananan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kedudukan yang lebih tinggi dalam struktur pentadbiran. Terdapat beberapa cara menentukan kekananan. Pertama, penentuan berdasarkan kepada tarikh pelantikan. Seseorang yang lebih lama dilantik adalah lebih kanan berbanding dengan kakitangan yang lain. Sekiranya tarikh pelantikan adalah sama bagi beberapa orang pegawai, maka tarikh kekananan mereka akan ditentukan mengikut susunan bilangan pilihan temuduga suruhanjaya. Kedua, penentuan berdasarkan meritokrasi. Kecemerlangan perkhidmatan seseorang boleh melonjakkan kedudukannya ke suatu jawatan yang lebih tinggi. Seseorang anggota perkhidmatan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang boleh mendaki struktur hierarki dengan lebih cepat. Kelazimannya kekananan seseorang akan mempengaruhi kedudukannya dalam pentadbiran dan proses kenaikan pangkat. |
installation ceremony | upacara pelantikan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
power of appointment | kuasa pelantikan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
tawkil | melantik wakil | Perniagaan Islam | Tiada | Pelantikan satu pihak sebagai wakil melalui akad wakalah. Pewakilan boleh dilaksanakan melalui ijab kabul, keizinan atau kelulusan. Tawkil boleh dilakukan secara mutlak atau bersyarat dalam pelbagai urusan. |
installation | pertabalan | Undang-undang | Tiada | Upacara bagi merasmikan pelantikan raja. |
niyabah shar‘iyyah ijbariyyah | wakil syarak dengan paksaan | Perniagaan Islam | Tiada | Individu yang dilantik oleh syarak atau mahkamah untuk menjalankan urusan tertentu yang diharuskan oleh syarak bagi pihak orang yang tidak sempurna kelayakannya. Contoh pelantikan oleh syarak ialah bapa sebagai wakil pengawasan dan pengurusan bagi anaknya (sultah asliyyah) dan pelantikan oleh mahkamah ialah wasi sebagai wakil pengawasan dan pengurusan bagi individu kanak-kanak (sultah niyabiyyah). Kuasa pengawasan ini terbahagi kepada dua, iaitu wilayah ‘ala nafs dan wilayah ‘ala mal. |
الشورى | syura | Agama Islam | Fiqh | Pemesyuaratan yang dilakukan oleh ahli untuk memutuskan sesuatu masalah. Contohnya, pelantikan Khalifah Uthman bin ‘Affan. |
ministerial reshuffle | rombakan kementerian | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penyusunan semula kementerian dan kabinet yang dilakukan oleh ketua kerajaan untuk tujuan tertentu bagi menyuntik semangat kerja yang lebih kukuh, pemantapan pentadbiran negara dan bagi mengisi kekosongan portfolio. Rombakan ini bukan sahaja melibatkan pelantikan ahli yang baru tetapi juga pembentukan kementerian atau dasar baru yang dipercayai boleh memantapkan lagi pentadbiran negara. Dalam konteks negara Malaysia Perdana Menteri terlibat secara langsung dalam rombakan kabinet dan kementerian. |
contract of restriction | akad penyekatan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang melarang seseorang daripada menjalankan tugas atau fungsi. Tujuan akad ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kecekapan serta mengelakkan salah laku atau pecah amanah. Contohnya, larangan seseorang yang muflis menjadi penjamin, penarikan semula tauliah dan penamatan pelantikan amil sebagai wakil baitulmal. |
Council of Rulers | MajIis Raja-raja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Majlis yang dibentuk untuk mengurus dan mengawal selia hal ehwal yang berkaitan dengan raja dan bidang kuasanya. Idea pembentukan majlis ini muncul seiring dengan kemunculan konsep raja berpelembagaan apabila mereka tidak lagi menjadi pemerintah yang bersifat mutlak. Dalam era pemerintahan moden, negara demokrasi yang mempunyai raja telah ditakrifkan sebagai raja berpelembagaan dan tidak lagi mempunyai kuasa eksekutif dalam hal ehwal pemerintahan negara. Namun untuk mengekal dan memelihara status monarki ini, dibentuk sebuah majlis yang dianggotai oleh raja-raja yang memerintah. Majlis ini berfungsi sebagai badan yang mengurus pelantikan seorang raja atau sultan sebagai ketua negara, peraturan khusus berhubung dengan perilaku raja atau sultan, pelantikan majlis atau mahkamah khas bagi raja yang melanggar kod etika dan sebagainya. Parlimen perlu memohon persetujuan majlis ini sebelum membuat sebarang pindaan terhadap perkara yang berkaitan dengan agama dan juga peruntukan khusus kepada raja. Contohnya, Majlis |