aryl participation | pelibatan aril | Kimia | Tiada | Tiada |
visitor participation | penyertaan pelawat | Pelancongan | Tiada | Pelibatan pelawat dalam aktiviti yang diadakan oleh penganjur yang meninggalkan kesan mendalam terhadap pelawat. |
mozarabic lyric | lirik mozarabik | Kesusasteraan | Tiada | Lirik yang dihasilkan oleh masyarakat Mozarab yang mendiami bumi andalus. Pelibatan masyarakat ini dalam kegiatan sastera menghasilkan sumbangan yang bernas, iaitu menulis lirik mozarabik yang merujuk kepada hasil seni terutamanya dalam puisi. Masyarakat Mozarab disebut sebagai golongan al-musta�rabin dalam bahasa Arab. Mereka merupakan masyarakat Kristian asal Sepanyol yang memeluk Islam atau yang terpengaruh dalam kebudayaan dan sosial masyarakat Arab. |
South East Asia Treaty Organization (SEATO) | Organisasi Perjanjian Asia Tenggara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Organisasi ini diasaskan pada tahun 1954 di bawah perjanjian pertahanan kolektif Asia Tenggara. Pakatan ini dianggotai oleh Australia, Perancis, Britain, New Zealand, Amerika Syarikat, Pakistan, Filipina dan Thailand. Ibu pejabatnya terletak di Bangkok. SEATO ditubuhkan dengan pengaruh kuat negara Barat selepas Perancis berundur dari Indochina. SEATO berperanan untuk menghalang kebangkitan pengaruh komunis di Asia Tenggara. Perjanjian ini diperkuat dengan Piagam Pasifik yang menekankan hak rakyat Asia dan Pasifik bagi kesamaan dan hak penentuan diri. Piagam ini juga menekankan hak menentukan perencanaan matlamat ekonomi, sosial serta kerjasama budaya antara negara anggota. Pelibatan kuasa besar di Indochina pada tahun 1973 telah menggugat semangat setia kawan dalam pakatan ini. Akhirnya SEATO dibubarkan pada tahun 1977. Sinonim SEATO. |
just war | perang adil | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Teori yang menganggap wujudnya keadaan tertentu yang menjadikan tindakan sesuatu peperangan adil. Teori ini juga menentukan cara untuk berperang secara adil. Teori ini berasal daripada pemikiran Kristian Zaman Pertengahan dan perkembangan undang-undang antarabangsa selepasnya, terutama dalam karya Grotius dan Samual Pufendorf (1632� 1694). Perbahasan dalam perang adil berkisar tentang dua persoalan, iaitu keadilan dalam perang (jus in bello) dan hukum perang (jus ad bellum). Menjelang kurun ke-20, minat umum dalam teori perang adil merosot disebabkan kesedaran tentang keganasan dan kesengsaraan akibat semua jenis peperangan. Namun demikian, perbahasan tentang perang adil muncul semula berikutan isu pelibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam, Perang Teluk dan pencerobohan terhadap Iraq. |