Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ka.ran] | ڤمباکرن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) membakar: ~ mayat; 2. ark tempat membakar: ~ kapur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ka.ran] | ڤمباکرن

Definisi : cara atau perbuatan membakar: ~ mayat dilakukan oleh orang-orang yg beragama Hindu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembakaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
power strokelejang kuasaKejuruteraan AutomotifEnjinPergerakan lejang dari takat terakhir atas ke takat terakhir wybawah semasa dan selepas pembakaran. Pembakaran ini mem- bebaskan tenaga dan mewujudkan tekanan tinggi yang mampu menolak omboh.
afterburningpembakaran lanjutKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Pembakaran di dalam enjin pembakaran dalam, selepas letupan pada tekanan maksimum. 2. Pembakaran akibat penambahan bahan api ke dalam gas ekzos enjin jet untuk meningkatkan lagi tujah dan mengurangkan penggunaan bahan api. 3. Pembakaran tak regular sisa bahan pendorong di dalam motor roket selepas berakhirnya pembakaran utama.
firing methodkaedah pembakaranArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiProses pembakaran tembikar tanah yang terbahagi kepada tiga kategori. Pertama, pembakaran terbuka, iaitu tembikar akan diletakkan di atas permukaan tanah dan ditutup dengan daun atau sekam kemudian dibakar sehingga sampai ke tahap oksidasi atau oksida. Pembakaran kategori biasanya akan menghasilkan tembikar kasar. Kedua, iaitu pembakaran separuh terbuka. Tembikar diletakkan secara bertingkat dan mempunyai dinding, sementara bahagian atasnya terbuka. Bahagian atas ditutup dengan daun atau sekam dan di dindingnya terdapat lubang untuk kayu pembakaran. Ketiga, iaitu pembakaran secara tertutup. Pembakaran ini melibatkan tembikar yang disusun di dalam tanur secara tertutup manakala udara dialirkan melalui corong.
constant pressure combustionpembakaran tekanan malarKejuruteraan AutomotifEnjinPembakaran yang biasanya berlaku dalam enjin turbin gas pada tekanan malar. Pembakaran tersebut boleh berlaku dalam kitaran enjin diesel semasa lejang kuasa pada enjin pembakaran dalam. Omboh ditolak oleh tekanan yang dihasilkan semasa pembakaran, menyebabkan isi padu bertambah tetapi tekanan masih malar. Tekanan akan menurun apabila pembakaran mula berhenti.
suspension firingpembakaran terapungKejuruteraanKejuruteraan KimiaPembakaran yang serbuk bahan apinya diapungkan di dalam arus gas pembakar sebelum dibakar untuk meningkatkan kecekapan pembakaran dan pemindahan haba dan jisim. Pembakaran seperti ini digunakan dalam relau siklon, pembakar lapisan terbendalir, dan generator magnetohidrodinamik.
combination cyclekitar gabunganKejuruteraanKejuruteraan MekanikKitar enjin pembakaran dalam yang menggabungkan kitar Otto pembakaran isi padu malar dengan kitar diesel pembakaran tekanan malar pada enjin pencucuhan mampatan laju tinggi. Keadaan ini bermakna pembakaran bahan api akan berlaku pada sebahagian dalam isi padu malar dan sebahagian lagi pada tekanan malar. Kitar gabungan dikenali juga sebagai kitar campuran, kitar diesel komersial atau kitar tekanan-terhad.
ignitorpencucuhKejuruteraanTiadaAlat untuk memulakan proses pembakaran bagi enjin pembakaran dalam.
combustion nucleusnukleus pembakaranMeteorologiMeteorologi PerhubunganNukleus pemejalwapan yang terbentuk hasil daripada proses pembakaran industri atau alamiah. Sifat kimia nukleus mungkin berubah-ubah bergantung pada sifat bahan reaktor dalam proses pembakaran industri, tetapi oleh sebab zat sulfur banyak terkandung di dalam arang batu, sulfur dioksida (SO2) dan sulfur trioksida (SO3) merupakan bahan terpenting yang bertindak sebagai nukleus pembakaran. Kedua-dua oksida tersebut bersifat higroskopik, dan dengan itu mudah menukleuskan proses pemejawapan atmosfera.
rapid combustion phasefasa pembakaran cepatKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan pembakaran yang mempunyai oksigen yang mencukupi untuk tindak balas pembakaran. Keadaan ini menyebabkan muka api dapat merambat dengan pantas.
spontaneous combustionpembakaran spontanKimiaTiadaPembakaran serta-merta sesuatu bahan akibat penjanaan haba melalui pengoksidaan perlahan bahan tersebut tanpa memerlukan sumber tenaga luaran yang bersuhu tinggi. Pembakaran spontan boleh juga terjadi apabila berlaku pendedahan bahan yang sangat mudah teroksida (seperti fosforus) kepada udara, pengumpulan haba yang disebabkan oleh aktiviti bakteria (seperti baja), pengoksidaan yang dimangkinkan oleh lembapan (seperti bahan buangan basah), atau pengumpulan haba dalaman disebabkan oleh pengautooksidaan (seperti yang berlaku dalam minyak linsid).
12345678910...

Kembali ke atas